Ruhainies Kongsi Foto Selfie Di Makkah, Letak Kapsyen – ‘In Case You Need A New Wallpaper’

Shopee Sale


Ruhainies

Umum mengetahui, pelakon sensasi Ruhainies ketika ini berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

Wallpaper muka Ruhainies?

Ruhainies

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Story, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik sekeping foto ‘selfie’ dengan berlatar belakangkan kawasan Masjidil Haram.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis aktres itu apabila dia berseloroh mengatakan ‘in case you need a new wallpaper’.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Maaf Tak Indah itu kelihatan manis mengenakan telekung berwarna hitam.

Sementara itu, Ruhainies turut megucapkan selamat malam kepada pengikutnya.

Terdahulu, aktres berusia 31 tahun itu menzahirkan rasa syukur apabila dapat menyambut Lebaran di Tanah Suci pada tahun ini.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi topik bualan hangat wargamaya susulan kes ditangkap berkhalwat dengan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Dua selebriti itu kemudian menerima kecaman hebat orang ramai selepas mereka memuat naik sebuah kenyataan bagi menjelaskan kronologi sebenar yang berlaku.

Rentetan itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya. Bagaimanapun aktor itu enggan melafazkan talak dengan alasan masih sayang rumah tangga mereka.

MENARIK:  ‘Saya Akan Buat Video Tentang Isu Yang Bagi Informasi & Fakta’ – Uyaina Arshad

Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk pasangan tersebut.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular