Ruhainies Maafkan Netizen – ‘Mereka Tiada Di Tempat Kejadian, Tidak Tahu Cerita Sebenar’

Shopee Sale


Ruhainies

Pelakon Ruhainies bersedia memaafkan mana-mana pihak yang pernah bercakap buruk atau memfitnah dirinya berhubung isu dia ditangkap berkhalwat dengan aktor Aliff Aziz.

Maafkan netizen

Ruhainies

Menurut Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, orang ramai tidak mengetahui cerita sebenar yang berlaku dan hanya membuat andaian berdasarkan berita yang tular.

Saya akan (memaafkan). Insya-Allah, sebab mereka tidak tahu siapa diri saya. Mereka tak nampak apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka tiada di tempat kejadian. Mereka tak tahu cerita keseluruhan. Cuma dengar beberapa cerita yang disebarkan melalui online sahaja.

Ruhainies berkata demikian sebagai jawapan balas kepada salah seorang pengikut di Instagram yang bertanya adakah dia bersedia memaafkan orang yang pernah bercakap buruk tentang dirinya.

Bagaimanapun, kata pelakon drama Menantu Bilal itu, dia tidak menyalahkan orang ramai kerana menganggap mereka mempunyai hak untuk bercakap apa sahaja menerusi pemerhatian masing-masing.

Mereka ada hak untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Mereka juga ada hak untuk menilai apa yang mereka nampak on the surface. Its okay. Mereka tidak tahu.

Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Renteran kejadian tersebut, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Kaut Untung Daripada Hasil Kutipan Derma

Tidak terhenti di situ, kemelut antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut turut mendedahkan beberapa tangkapan skrin layar perbualan antara Aliff dan Ruhainies dalam rancangan mereka untuk menjatuhkan Bella.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular