Rumah Kieda Crepe Dirompak, Barang Kemas & Duit Berjumlah RM800,000 Lesap – ‘Kami Hidup Dalam Keadaan Trauma’

Shopee Sale


Kieda Crepe

Usahawan makanan yang dikenali sebagai Kieda Crepe mendedahkan dia telah mengalami kerugian sekitar RM800,000 selepas rumahya dipecah masuk perompak, pada April lalu.

Rumah dipecah masuk

Kieda Crepe

Menerusi hantaran di TikTok, Kieda memberitahu dia akhirnya terbuka berkongsi mengenai perkara tersebut kepada umum selepas 40 hari kes berkenaan berlaku.

Jelas pemilik nama lengkap Siti Nur Khalieda Yusra, laporan polis sudah dibuat.

Genap 40 hari saya dan Amy (suami) diamkan diri untuk tak update tentang ujian besar ini. 25.4.2024 khamis, hari yang saya takkan lupakan. Balik dari kedai saya dan suami terkejut sangat.

Rumah kena pecah masuk. Total anggaran kehilangan barang saya 800,000. Laporan polis telah di buat malam 25.4 tu juga. Dan sampai sekarang masih tiada apa-apa info yang saya  terima.

Tiada tangkapan kes yang boleh ceritakan dan tiada jawapan yang boleh buat saya dan suami tenang. Kenapa tak viralkan awal-awal dulu? Sebab tak mahu ganggu siasatan polis.

Dalam pada itu, Kieda memberitahu dia sekeluarga masih berasa trauma dengan kejadian yang dianggap sebagai ujian terbesar dalam hidupnya.

Kami hidup dalam keadaan trauma. Waktu kejadian, rumah saya selerak teruk. Perompak masuk melalui tingkap, mereka ambil peti besi dan duit raya serta cincin emas di atas meja alat solek.

Dan waktu kami masuk dalam rumah pun masih berbau badan si pencuri dan lantai masih basah. Bayangkan traumanya kami saat tu sampai hari ini. Ini ujian saya dan suami.

Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta orang mendoakan agar si pelaku diberkas dan kes dapat diselesaikan secepatnya.

Minta semua doakan yang baik baik untuk kami . Dan semoga doa yang baik-baik ini berbalik buat kalian semua.

Demi Allah, saya rindu semua barang-barang kemas saya. Bukan senang nak cari semua itu. Hujan panas, letih badan tak terkata sakit saat nak mendapatkan sesuatu. Tetapi saya yakin dengan takdir Allah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan.

Siasatan masih berjalan, kita tak tutup kes. Memang suspek belum dikenal pasti sebab tiada saksi yang nampak kejadian itu.

Kita ada temui tujuh kesan cap jari di lokasi kejadian, tetapi berdasarkan semakan yang dibuat, didapati tiada satu pun cap jari itu yang ada rekod dalam pangkalan data jenayah kita.

Tambahnya, pihak polis sentiasa memaklumkan akan perkembangan terkini berhubung kes terbabit, malah usahawan itu turut datang ke balai pada 22 Mei lalu untuk bertemu pegawai penyiasat.

MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Lihat Kontroversi Aliff, Bella & Ruhainies Makin Huru-Hara – ‘Sudah Tiba Masanya Untuk Wrap It Up’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular