Saharul Ridzwan Rasa Beruntung Dapat Buat ‘Sharing Session’ Dalam Majlis Ilmu – ‘Dulu Aku Ajak Manusia Tengok Drama Lakonan Sendiri’

Shopee Sale


Pelakon, Saharul Ridzwan meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk berkongsi mengenai kisah penghijrahannya dalam satu majlis ilmu, baru-baru ini.

‘Dulu aku ajak orang tengok drama…’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim berasa sangat beruntung kerana dapat duduk sebaris dengan orang agamawan untuk memberikan inspirasi buat mereka yang hadir di majlis tersebut.

Bila Allah letak kita di satu tempat, itu bukan kebetulan. Allah nak bagi peluang, bukan untuk aku mengajar, tapi untuk aku berkongsi.

Semoga ada sedikit yang aku mampu sampaikan, walaupun kecil.

Dulu, aku ajak manusia tengok drama lakonan aku sendiri tapi Alhamdulillah, sekarang aku belajar perlahan-lahan ajak manusia tengok ‘drama’ sebenar.

Kisah realiti yang Allah tulis dalam hidup aku. Cerita yang penuh dengan kasih sayang dan hikmah daripadaNya.

Saharul ajak kembali pada agama

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Hati Perempuan’ turut berpesan kepada orang ramai untuk kembali kepada agama.

‘Comeback is real’. Kali ni kita buat sungguh-sungguh, insya-Allah. Hijrah itu bukan tanda kita lemah, hijrah itu tanda Allah sayang.

Kadang kita rasa diuji, tapi sebenarnya Allah nak bersihkan hati kita. Hijrah ni bukan perlumbaan. Setiap orang ada tempoh dan langkahnya sendiri.

Baliklah pada agama. Sebab hanya dengan agama, hidup kita akan ada arah.

Dunia ini sementara. Semua yang kita ada, semuanya amanah. Gunakanlah untuk agama, sebab itu yang akan kekal sampai akhirat.

Semoga Allah reda dgn kita.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya seronok melihat perubahan Saharul.

MENARIK:  Kembali Dengan "Level Up", Showcase Jiwa Kacau 2024 Dihadiri Oleh 4 Band Terkenal Negara Beserta Nidji & Luqman Podolski

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bapa kepada tiga orang anak itu terus istiqamah dalam penghijrahannya.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular