‘Saya Akan Kongsi Apabila Tiba Masanya & Selepas Dapat Persetujuan Isteri’

Shopee Sale


Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique berkata, dia akan bercakap mengenai spekulasi isterinya berbadan dua apabila tiba masa yang sesuai.

Enggan nafi atau mengiyakan

Menerusi temu bual bersama MK enggan menafi atau mengiyakan dakwaan netizen berhubung isterinya, Siti Hajaar sedang hamil.

Saya akan kongsi apabila masa yang sesuai dan selepas dapat persetujuan dengan isteri Insya-Allah. Macam-macam netizen cakap dan nampak. Tidak salah kerana apa yang penting, mereka mendoakan yang baik-baik untuk kami. Saya harapkan doa itu.

Saya tahu netizen akan nampak. Namun, bagi saya, hendak cakap saya belum bersedia, itu tidak. Namun, ini adalah keputusan yang kami perlu ambil sama-sama, sama ada mahu kongsi atau tidak. Kita perlu tahu kesan apabila kita kongsi sesuatu perkara itu.

Tambah MK, keputusan tidak mahu mengulas mengenai hal tersebut dibuat atas faktor peribadi.

Saya pilih cara ini kerana ia terlalu peribadi. Saya pun macam orang lain. Saya perlukan sedikit privasi. Jadi, apabila masanya tiba, kita akan kongsi. Tetapi, saya tidaklah sorok. Macam mana hendak sorok.

MK ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak di TGV The Starling Mall, Jumaat lalu.

MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Jawab Isu Buka Kedai Lambat – ‘Lalat Penuh Dekat Cermin Bawah Sampai Atas, Dah Macam Wallpaper’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular