‘Saya Akan Segera Menonton Filem Sheriff Di Pawagam Indonesia, Syafiq’ – Joko Anwar

Shopee Sale


Pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar mencuri tumpuan apabila memberikan respon terhadap permintaan pengarah hebat negara, Syafiq Yusof menerusi ciapan di aplikasi X.

Akan tonton filem Sheriff

Menerusi ciapan tersebut, Joko memuji filem terbaharu arahan Syafiq yang bertajuk ‘Sheriff: Narko Integriti’.

Tambah pengarah yang terkenal dengan naskhah ‘Pengabdi Setan’ ini lagi, dia akan cuba sedaya upaya untuk menonton ‘Sheriff’ secepat mungkin.

Looks great! Akan cuba layan segera kat cinema Indonesia, Syafiq!

Terdahulu, Syafiq yang merupakan anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa teruja apabila filem arahannya itu kini sudah pun memasuki pasaran Indonesia dan sudah mula ditayangkan di sana.

Syafiq turut berharap agar Joko yang merupakan idolanya dalam bidang filem berkesempatan untuk menonton filem tersebut.

Untuk rakan-rakan di Indonesia yang saya kasihi, mohon tonton filem ‘Sheriff’ di pawagam berdekatan anda.

Ini karya ikhlas saya buat bumi Nusantara. Impian saya adalah agar idola saya Encik Joko Anwar boleh menonton filem ini juga.

Sekadar info, filem yang dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz dan Syafiq Kyle ini telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM60.5 juta sejak ditayangkan pada 19 April lalu.

MENARIK:  Maggie Cheung Tidak Peduli tentang Wang, Membeli Insurans untuk Tubuhnya - 'Ada Banyak Babak Tembakan'

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular