‘Saya Bukan Tomboi! Apa Yang Anda Tonton Hanya Sekadar Lakonan Semata-Mata’ – Fify Azmi

Shopee Sale


Pelakon Fify Azmi mengaku netizen pernah memanggilnya sebagai tomboi kerana sering menerima watak sebagai seorang wanita yang kasar dan lasak.

Saya wanita yang lemah lembut

Menerusi temu bual bersama Fify berkata, dia sebenarnya tidak selesa dengan gelaran itu kerana apa yang dipaparkan dalam drama mahupun filem hanya sekadar lakonan sahaja.

Tambah Fify atau nama sebenarnya Nor Afiqah Mohamed Azmi, disebabkan perkara itu juga ada segelintir individu melayannya seperti seorang lelaki. Ini kerana, mereka menyangka personalitinya sebegitu.

Dah biasa kena cop macam tomboi sampai ada orang sangka itu memang karakter diri saya yang sebenar. Tidak saya bukan tomboi dan apa yang anda tonton hanya sekadar lakonan semata-mata.

Berbicara lebih lanjut, pelakon filem ‘Padu’ ini tidak menafikan kadang-kadang dia terbawa personaliti itu di luar. Namun begitu, Fify menegaskan dia seorang wanita yang lemah lembut.

Dulu saya selalu fikir kata-kata orang ingat saya ini tomboi. Bila mereka berbual dengan saya pun lagaknya macam ‘abang-abang’.

Tapi sebenarnya saya terbawa-bawa watak itu. Kadang-kadang sampai sebulan baru hilang perwatakan kasar.

Di akhir temu bual, Fify mengakui dia tidak kisah menerima watak sedemikian kerana baginya ia adalah rezeki. Ujar Fify lagi, dia berharap ramai pelakon wanita di luar sana mampu membawa watak lasak selepas ini.

Hampir semua lakonan saya melakonkan watak tomboi. Sebagai pelakon saya tak boleh kata apa-apa sebab saya pun tak boleh sesuka hati memilih watak.

Saya anggap ini sebagai rezeki cuma harapan saya kita dapat ramaikan lagi pelakon aksi wanita sebab jarang ada.

MENARIK:  Semakin Dikenali, Aizat Saha Dah Ready Bila Peminat Ajak Bergambar Di Hari Raya

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular