‘Saya Masih Peguam Yang Mewakili Ibu Zayn Rayyan’ – Mahmud Jumaat

Shopee Sale


Peguam yang dikenali sebagai Mahmud Jumaat memaklumkan dirinya masih mewakili ibu kepada kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak tersebut.

Berlakunya salah faham

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Mahmud menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook (FB).

Menurut Mahmud, keputusan serta pertimbangan itu diambil selepas satu perjumpaan yang diadakan bersama keluarga ibu dan bapa Zayn Rayyan.

Menerusi hantaran tersebut, Mahmud menjelaskan bahawa dia telah dihubungi oleh keluarga bapa Zayn Rayyan berhubung berita penahanan pasangan suami isteri itu pada 31 Mei lalu.

Tambah Mahmud, dirinya sama sekali tidak terfikir bahawa pelantikan tersebut akan menjadi isu yang akan dibangkitkan oleh pihak keluarga bapa Zayn Rayyan, sedangkan tiada kewajipan untuk memberikan surat pelantikan peguam secara rasmi bagi kes jenayah.

Tiba-tiba saya menerima berita bahawa saya tidak pernah dilantik untuk menjadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan, bagi saya ini adalah fitnah!

Saya datang mahkamah tempoh hari untuk apa, kenapa hubungi saya malam itu untuk datang ke mahkamah, mereka datang ke pejabat saya tempoh hari untuk apa?

Walau bagaimanapun, Mahmud menjelaskan Datuk kepada Zayn kemudiannya telah menghubungi melalui aplikasi WhatsApp dan membuat permohonan maaf atas kekeliruan yang berlaku.

MENARIK:  Fyza Kadir Kini Sedar Kemahiran Berlakonnya Kurang, Selepas Menangis Selepas Menyelesaikan Penggambaran

Di akhir hantaran, Mahmud menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga ibu Zayn Rayyan kerana telah memberikan pencerahan bahawa barisan peguamnya membantu keluarga mereka sejak dari awal kes lagi.

Susulan itu, Mahmud berharap agar isu mengenai pelantikan peguam ini tidak lagi berbangkit dan menjadi bualan orang ramai.

Posting Mahmud Jumaat

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular