“Saya Memilih Untuk Tidak Membuat Komen Mengenai Soal Berjumpa, Biarlah Masa & Keadaan Menentukan” – Yusof Haslam

Shopee Sale


Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam memberitahu anaknya iaitu Syamsul masih belum pulang ke rumah meskipun sebelum ini beberapa kali meluahkan hasrat untuk bertemu.

Kita tak boleh ubah

Menerusi temu bual bersama , Yusof berkata, Syamsul tidak berhubung dengannya mungkin disebabkan terlalu sibuk menyiapkan filem baru. Sebagai seorang bapa, Yusof  sentiasa berdoa agar anaknya itu terbuka hati untuk datang berjumpa keluarga.

Dia tidak berhubung dengan saya. Mungkin dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem yang difahamkan akan ditayangkan hujung tahun ini. Tidak mengapalah dia tidak pulang. Sebagai orang tua saya harus berfikiran matang.

Kalau anak bersikap sebegitu, saya tak boleh buat perkara sama. Kita serahkan semuanya kepda Allah untuk menentukannya. Setiap kejadian yang dah berlaku kita tak boleh ubah.

Yusof yang ditemui ketika majlis pelancaran Al Aqsa Carpet Factory Outlet milik pelakon Dazrin Kamaruddin yang berlangsung di Shah Alam, pagi tadi turut mengaku bahawa dia belum berjumpa dengan isteri anaknya iaitu Ira Kazar selepas mereka bernikah pada awal tahun lalu.

Malah Yusof juga enggan memberi komen lanjut tentang hubungannya dengan Ira kerana tidak mahu mengguris hati isteri iaitu Datin Patimah Ismail.

Soal berjumpa itu saya tidak mahu komen. Biarlah masa dan keadaan menetukan. Saya pun mahu menjaga hati isteri. Tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana perkara ini. Harapnya ada kejernihan dalam hubungan kami sekeluarga.

Tambahnya lagi, Syamsul mungkin terasa hati sehinga dia mengambil keputusan menjauhkan diri dan tidak menghubungi keluarga.

Tiada anak yang tak sayangkan ibunya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan. Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, saya doakan yang terbaik.

MENARIK:  ‘Berhenti Rasa Risau, Berdoa Pada Allah’ – Ibu Aliff Aziz

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular