‘Saya Mendoakan Yang Terbaik Buat Bella & Keluarga Kecilnya’ – Muaz Zabir

Shopee Sale


Muaz Zabir

Pelakon baharu, Muaz Zabir mendoakan kemelut rumah tangga membabitkan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menemui titik perdamaian.

Doakan Bella

Muaz Zabir

Ketika ditemui , pemilik nama lengkap Muaz Mohamad Zabir, 27, berharap akan ada keputusan yang baik untuk pasangan berkenaan.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Bella dan keluarga kecilnya. Sebab saya sebelum ini kenal juga dengan ibu Bella.

Saya doakan apa pun keputusan akan datang, adalah keputusan yang terbaik buat dia.

Dalam pada itu, pelakon drama Pemburu Rahsia ini mendakwa dia sudah tidak lagi berhubung dengan Bella.

Katanya, kali terakhir adalah ketika kontroversi membabitkan nama mereka yang didakwa berskandal sekitar awal April lalu.

Sekarang saya sudah tidak berhubung dengan Bella. Kali terakhir berhubung apabila isu membabitkan nama kami timbul. Itu sahaja, selain itu atas urusan kerja sahaja.

Terdahulu, Bella membuat pengakuan hubungan terjalin antara dia dan Muaz bertujuan membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu.

MENARIK:  Dakwa Ada Maklumat & Diminta Tutup Mulut Mengenai Kes Faisal Halim, Polis Cari Imran Suresh

Muaz kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui khilafnya berbuat demikian dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular