‘Saya Puas Hati Dengan Keputusan Pihak Polis’ – Mamat Sepah

Shopee Sale


Pelawak Mamat Sepah berpuas hati dengan keputusan pihak polis berikutan tidak terkait dengan dakwaan menyebarkan maklumat dalaman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerusi aplikasi Telegram.

Tiada pertuduhan dikenakan

Saya berpuas hati dengan keputusan pihak polis itu. Bila tiada pertuduhan dikenakan bermaksud saya tak buat perkara itu selepas siasatan dilakukan dan kebenaran juga terbukti yang saya tidak bersalah.

Menurut Mamat, dia cuma berasa keliru dengan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap isterinya itu.

Kami agak keliru dengan tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepada isteri saya itu. Tiada pertuduhan dikenakan terhadap isteri dan sudah terbukti dia tidak bersalah tetapi masih dikenakan tindakan tatatertib?

Kami juga tidak tahu tindakan tata tertib itu seberat mana lagi. Saya harap perkara itu dipertimbangkan semula.

Tambah Mamat, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada peguam yang mewakilinya iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris.

Terdahulu, pelawak tersebut mengaku bahawa dia dan isteri telah memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan kepada pihak polis berhubung kes berkenaan.

MENARIK:  Jom Cuba Sukan Viral – Pickleball Dengan Barisan Selebriti dan KOL

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular