Saya Tidak Pernah Memihak atau Memenangkan Anak Saya Sejak Awal Isu Ini Muncul – Abby Abadi

Shopee Sale


Nampaknya, isu viral berhubung Marissa Dania Hakim masih lagi hangat diperkatakan oleh netizen susulan khabar angin yang mengatakan dia telah pun bernikah dengan suami orang yang dikenali sebagai Aslam.

Tampil bersuara

norman & abby

Terbaru, ibu kepada Marissa iaitu pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil bersuara. Menerusi Instagram Story, Abby mendedahkan yang dia tidak pernah mengesahkan bahawa anaknya telah bernikah. Dalam masa sama, Abby turut memberitahu yang dia tidak pernah membela atau pun memenangkan anaknya sejak isu tersebut tersebar.

Terdahulu, Aslam yang difahamkan masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.

Pada September tahun lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

Untuk rekod, isu rumah tangga Normah Hakim pernah menjadi sorotan suatu ketika dahulu apabila Abby Abadi, iaitu isteri kepada Norman pada waktu itu mendakwa suaminya mengadakan hubungan dengan orang ketiga, pelakon Memey Suhaiza yang kini bergelar isteri Norman sehingga ke hari ini.

MENARIK:  Zahirah MacWilson Mengalami 'Morning Sickness' Parah, Kehilangan Selera Makan & Kerap Mengalami Pening Kepala

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular