‘Sebelum Ni Bakal Mentua Letak Hantaran RM14k Tapi Lepas Perdana Menteri Umum Naik Gaji, Diorang Naikkan Jadi RM18k’

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan bakal keluarga mentuanya kerana memungkiri janji tentang wang hantaran perkahwinan.

Mak mentua naikkan wang hantaran

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian di Apliksi X, lelaki yang berusia 31 tahun itu memberitahu bahawa dia dan tunangnya bakal mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang.

Jelasnya lagi, sebelum ini, kedua-dua keluarga sudah bersetuju untuk meletakkan jumlah hantaran sebanyak RM14,000 namun ibu bapa mentuanya secara tiba-tiba menaikkan jumlah tersebut selepas Perdana Menteri mengumumkan tentang kenaikan gaji bagi penjawat awam.

Aku kerja sebagai penjawat awam. Dah bertunang dan bakal berkahwin pada Disember. Sebelum ni, bakal mentua minta hantaran RM14,000. Aku tunaikan. Lepas Perdana Menteri umumkan kenaikan, mentua minta hantaran naik jadi RM18,000.

Dalam pada itu, lelaki ini akui tertekan dengan permintaan tersebut sehingga dia dan tunangnya kerap bergaduh disebabkan perkara itu.

Rasa macam tak kemana dah hubungan ni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatinya agar mengundur diri sekiranya dia tidak mampu menunaikan permintaan itu. Tidak kurang juga, ada yang memberi cadangan supaya kedua-dua keluarga duduk berbincang semula bagi menyelesaikan isu tersebut.

MENARIK:  [BERITA] Pengakuan Emosional Elly Arifin Mengenai Pengalaman Traumatik Dicabul Ustaz: 'Diraba Bahagian Sulit Saya, Seluk Dalam 3 Kali'

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular