Sedia Pelbagai Perkhidmatan & Permainan Interaktif- Booth KWSP Di KJH Terengganu Diserbu Pengunjung!

Shopee Sale


KWSP

Siapa sangka, kemeriahan Karnival Jom Heboh (KJH) di Melaka kini berterusan hingga ke Terengganu.

Warga Terengganu memang sporting dan best, terutama sekali pengunjung yang dah singgah ke booth Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Memang sesak booth KWSP tapi yang penting pengunjung KJH have fun dan dalam masa yang sama dapat pelbagai input menarik di sana.

Nak tahu apa yang berlaku di booth KWSP sepanjang mereka berada di Terengganu? Meh sini min kongsikan dengan korang.

Mobile Truck KWSP sesak dengan pengunjung!

KWSP

Punyalah meriah, Mobile Truck KWSP di Terengganu kali ini diserbu oleh pengunjung yang mahu mendapatkan perkhidmatan KWSP.

Di sini pengunjung boleh menyemak baki akaun, mengemaskini maklumat peribadi dan mendapatkan maklumat mengenai tawaran KWSP yang terkini.

Bukan itu sahaja, KWSP turut menyediakan khidmat nasihat di sini bagi menjawab sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan simpanan atau akaun KWSP di samping memberi nasihat perancangan kewangan.

Ramai yang menunggu untuk dapatkan servis kaunter perkhidmatan KWSP!

KWSP

Walaupun dah ada Mobile Truck KWSP, tapi boleh tahan ramai pengunjung yang menunggu untuk berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan KWSP.

Nasib baiklah segala urusan dan transaksi dapat dilakukan dengan cekap dan pantas.

KWSP

Sikap pengunjung yang sporting dan understanding juga harus dipuji. Ada sebahagian daripada mereka terpaksa menunggu agak lama bagi mendapatkan perkhidmatan nasihat kewangan yang disediakan.

Perkhidmatan khusus ini disediakan bagi membantu pengunjung yang hadir merancang dana persaraan masa depan melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang KWSP sediakan seperti i-Saraan, i-Sayang, i-Lindung, dan banyak lagi.

Menurut Rahmat Ali, Pengarah KWSP Wilayah Timur, terdapat kira-kira 1.2 juta penduduk di Terengganu dan terdapat lebih 200,000 sudah menjadi ahli KWSP di mana ahli yang aktif dan bekerja di sektor formal berjumlah lebih 147,000. Data ini menunjukkan, jumlah mereka yang berada di sektor tidak formal amat tinggi.

“KWSP mahu mendekati golongan ini dengan mengadakan pelbagai program outreach untuk memberi taklimat, kesedaran dan kefahaman supaya mereka sedar pentingnya untuk menyimpan di KWSP sebagai persediaan persaraan,” tambahnya lagi.

Mini version ibu pejabat KWSP pun ada!

KWSP

Selain mobile truck dan kaunter perkhidmatan KWSP, mini version Menara KWSP yang terletak di Kwasa Damansara juga merupakan salah satu tarikan yang mendapat perhatian pengunjung KJH di Terengganu.

Booth yang direka menyerupai ibu pejabat KWSP di Selangor ini menyediakan ruang interaktif, ruang menunggu dan paparan maklumat yang sangat selesa.

MENARIK:  Misha Omar Bangga Dengan Kemenangan Ernie Zakri Di Indonesia – ‘Semoga Jadi Penggerak Rakyat Seberang Dengar Lagu Artis Malaysia’

Reka bentuk yang menarik ini menjadi salah satu sebab utama pengunjung tertarik menghabiskan masa di sini sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Slot studio sedia pelbagai hadiah menarik buat pengunjung!

KWSP

Bukan itu sahaja, slot studio KWSP turut mendapat sambutan orang ramai.

Pengunjung dilihat excited menyertai kuiz yang diadakan oleh personaliti TV Fatin Hamimah disamping berkongsi pengalaman mereka menggunakan perkhidmatan KWSP.

Kehadiran Che Mamat si badut semasa slot studio berlangsung menggamatkan lagi keadaan. Pelbagai trick dan treat disediakan untuk menghiburkan pengunjung kanak-kanak yang turut hadir bersama ibu bapa mereka di sana.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang booth KWSP sediakan.

Berikut min kongsikan gambar-gambarnya.

Permainan interaktif: Hammer The Scammer & Reaction Game didik pengunjung cara elak ditipu scammer.

Pengunjung juga menerima baucar dan barangan eksklusif apabila membuat caruman dan menyertai permainan interaktif yang disediakan.

KWSP menyediakan soft serve ice cream dan kacang kuda secara PERCUMA untuk pengunjung yang hadir ke booth mereka. Tak hairanlah booth mereka antara booth yang paling mendapat sambutan di sana.

Meriah kan booth KWSP di KJH Terengganu?

Jadi, pastikan korang sertai #TeamKWSP di lokasi KJH seterusnya untuk mendapatkan maklumat tentang produk serta perkhidmatan KWSP, dan sambil enjoy sepuasnya di booth mereka!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular