‘Selamat Hari Bapa, Diyana Rindu & Sayang Ayah Sepenuh Jiwa’ – Anak Ridzuan Hashim

Shopee Sale


Anak kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Diyana Ridzuan mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran dirinya menziarahi kubur bapa tercintanya itu menerusi Instagram Story (IG Story).

‘Selamat hari bapa, ayah’

Menerusi hantaran tersebut, Diyana memohon maaf kerana sudah dua bulan tidak datang menziarahi kubur bapanya itu sehingga menyebabkan lalang di sekitar kubur meninggi.

Sorry, dah dua bulan tak datang. Mesti ayah tak ‘selesa’ kan lalang naik tinggi.

Okay, dah bersih-bersihkan dah, nanti Nana datang lagi bawa bersama kelengkapan yang lengkap, hehe lupa la.

Di hantaran yang sama, Diyana dilihat turut meruntun hati wargamaya apabila menitipkan ucapan selamat hari bapa buat arwah bapanya itu.

Selamat hari bapa, ayah. Diyana rindu dan sayang ayah sepenuh hati.

Terdahulu, arwah Ridzuan Hashim dilaporkan meninggalkan dunia ketika sedang bersarapan bersama anaknya di kediaman miliknya, pada 4 Mei lalu.

Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pelawak, Didie Alias pada tahun 1992 sebelum disahkan bercerai pada tahun 2002.

MENARIK:  [VIDEO] Isteri Pertama Aslam Mendedahkan Perkahwinan Muda pada Usia 21 Tahun, Terselit Persendaan Mengenai Perkahwinan Ketiga?

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Dhanial, Nurdinie, Nur Dayini dan Nur Diyana.

IG Story Diyana

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular