Selepas Enam Tahun Berdepan Kemelut Rumah Tangga, Dottie Sah Bercerai Talak Satu

Shopee Sale


Selepas enam tahun berdepan konflik rumah tangga, pelakon Dottie dilaporkan sudah sah bercerai talak satu dengan suaminya Mohd Haffis secara tebus talak, hari ini.

Sah cerai

Memetik laporan Mstar, Dottie meluahkan rasa syukur kerana semuanya sudah selesai. Menurut Dottie, dia memfailkan permohonan cerai pada bulan Jun lalu.

Disoal mengapa ambil masa terlalu lama, Dottie akui sebagai manusia dia mempunyai perasaan dan ada kalanya berlaku pergolakan dengan diri sendiri.

Ada kata sepakat hari ni, Alhamdulillah semua dah selesai. Konlik ini dah berlaku selama 6 tahun. Tak ada apa-apa hubungan dah selepas ini. Kami tak berhubung dah. Saya fail cerai pada bulan Jun tahun ini.

Saya ambil masa lama sebab saya sebagai manusia ada perasaan. Kadang-kadang ada pergolakan dengan diri sendiri, mujur keluarga dan kawan-kawan bagi semangat. Sekarang saya ada kekuatan.

Berbicara lebih lanjut, pelakon filem Pontianak 200KG ini turut mengakui dalam tempoh enam tahun ini tiada sebarang usaha dilakukan olehnya dan bekas suami.

Ada berlaku perbincangan, tapi tak dapat kata sepakat.

Ditanya pula mengenai sumber kekuatan, Dottie secara ringkas menjawab ibu, keluarga dan kawan rapat merupakan sumber kekuatannya.

Mereka bagi kata semangat dan mereka sentiasa ada bila saya nak luah perasaan. Selepas ini nak fokus kerja dengan keluarga. Secara rasmi saya dah boleh move on. 2025 tahun untuk saya kerja.

Di akhir temu bual, Dottie berkata, dia berasa serik melalui fasa ini.

Hati kita milik Allah, boleh berbolak balik. Setakat ini saya perlukan masa untuk merawat dulu.

MENARIK:  [VIDEO] Achey Dinasihati Bawa Tiara ‘Check Up’ Sebab Tidur Berdengkur, Ada Netizen Cakap Berkemungkinan Posisi Bantal Tinggi

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular