Selepas Kejayaan Lagu ‘Cinta Setandan Pisang’, Eddie Hamid Pilih Adik Waniey Bawa Lagu ‘Curey Depe Mato’

Shopee Sale


Lagu “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) ciptaan komposer ternama, Eddie Hamid mencipta fenomena apabila menjadi lagu paling popular di TikTok dan mencatat hampir 20 juta tontonan di YouTube setakat ini!

Kini, komposer yang menjadi buruan ramai penyanyi itu memilih Adik Waniey untuk menyanyikan lagu terbaharu ciptaan beliau berjudul “Curey Depe Mato” yang liriknya ditulis oleh Mama Anna, Te Ha dan Jaju.

Pop dangdut moden

Menampilkan kelainan daripada genre muzik yang biasa dibawa sebelum ini, Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.

Menurut Eddie, lagu ciptaan terbaharunya itu sesuai dengan nada suara Adik Waniey yang menjadi sebab mengapa dia dipilih untuk menyanyikannya.

Awalnya Adik Waniey terkejut juga sebab melodi dan rentak lagu yang diberi berbeza dengan lagu-lagu yang dia rakam sebelum ini.

Tapi sewaktu rakaman, saya tengok dia boleh bawa dengan bagus. Bagi saya, Adik Waniey boleh bawa apa-apa konsep lagu, baik yang bernada tinggi atau rendah, semua dia boleh buat. Kiranya ini adalah genre Pop Dangdut yang moden sikit.

Lagu ini sangat sesuai dengan suaranya yang boleh membawa pelbagai genre lagu dan tidak tertumpu pada hanya satu konsep lagu sahaja. Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati kerana Adik Waniey telah membawa lagu itu dengan cukup baik.

Selama ini, lagu dialek Kelantan ciptaan saya tak ada lagu lenggok sebegini tapi kali ini, saya beri kelainan. Kebiasaannya, lenggok lagu sebegini digunapakai ramai penyanyi dari Indonesia.

Untuk lagu “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Man Manjo, itulah lenggok yang sering digunapakai di Malaysia.

Cuma untuk lagu “Curey Depe Mato” ni lembutnya lain sikit,” jelas Eddie tentang konsep lagu ciptaan terbaharunya itu.

Ada mesej yang tersirat

Tambah Eddie, setiap lagu ciptaannya mesti ada mesej yang tersirat. Lagu ini dicipta berdasarkan situasi sekarang di mana ramai orang tidak sorok-sorok lagi apabila melakukan kecurangan.

Kisah-kisah yang berlaku pada hari ini iaitu curang depan mata semakin kerap berlaku. Biasanya, dulu orang kalau curang bersembunyi-sembunyi tapi sekarang ini dibuat depan mata.

Saya masih mengekalkan penulis lirik, Mama Anna, Te Ha dan Jaju untuk lagu terbaharu saya ini kerana mereka faham apa yang saya mahukan.

Saya boleh tulis lirik tapi untuk lirik dalam dialek Kelantan ini biarlah diberi kepada orang-orang yang benar-benar pakar kerana untuk menyusun kata-kata dalam dialek itu perlu orang-orang yang lebih arif.

Lagu yang baru dilancarkan di semua platform penstriman pada 2 Ogos yang lalu turut menampilkan bakat baharu iaitu Adam ZBP.

MENARIK:  [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’

Tegas Eddie, penampilan Adam ZBP dalam lagu “Curey Depe Mato” adalah untuk memberi pendedahan kepada penyanyi tersebut sebelum dia keluar dengan single solo sendiri.

Lagu ini menampilkan Adam ZBP, pelapis baharu di Kelantan yang semakin popular. Saya nak bagi peluang kepada Adam ZBP sebab dia bakal muncul dengan album solo. Lagu ini masa saya previu hari itu, ramai yang kata lagu ini boleh pergi jauh.

Alhamdulillah, walaupun baru dikeluarkan, beberapa stesen radio sudah pun memutarkan lagu ini. Saya harap lagu ini diterima ramai sepertimana lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini.

Bagi Adik Waniey pula, walaupun dia tak sangka diberi genre muzik sebegini, beliau yang pernah menyertai pertandingan realiti Dangdut Academy Asia 3 (D’Academy Asia 3) pada 2017 di Indonesia tetap menerimanya sebagai cabaran.

Genre muzik lagu Curey Depe Mato ini memang jarang saya nyanyikan tapi bila komposer pinta saya rakam lagu ini, saya tak menolak. Bagi saya, untuk menjadi seorang penghibur, saya perlu berkebolehan mendendangkan lagu dalam pelbagai genre.

Memanglah, apa-apapun pada peringkal awal, kita akan rasa tak selesa tapi bila sudah sering menyanyikan lagu sebegitu, lama kelamaan kita sudah terbiasa dan In Sha Allah boleh menyampaikannya dengan penuh keyakinan.

Lagu “Curey Depe Mato” Adik Waniey terbitan Kijang Music kini boleh distrim di semua  pelantar penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Deezer dan KKBox.

Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Kijang Music.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular