‘Selidik Dahulu Sebelum Boikot, Jangan Tuduh Melulu’ – Ella

Shopee Sale


Ratu rock negara, Ella Aminuddin, menyarankan pengguna media sosial supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai situasi yang berlaku.

Selidik dahulu

Menerusi temu bual bersama Ella berkata, netizen perlu teliti terlebih dahulu sama ada artis-artis yang tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 itu benar-benar terbabit secara langsung ataupun tidak sebelum memboikot.

Selidik dulu sebelum melemparkan tuduhan bahawa mereka tidak mempedulikan Palestin. Mungkin mereka ada sebab tersendiri.

Tambah Ella, sekiranya seseorang itu tidak banyak berkongsi mengenai penderitaan rakyat Palestin, tidak bermakna mereka tidak prihatin.

Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong Palestin. Misalnya konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang sebelum ini.

Kami bukan sahaja adakan satu segmen, tapi kami mendedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati situasi di Palestin.

Disoal sama ada Ella pernah menerima tawaran daripada beberapa jenama yang dikaitkan dengan Israel ataupun tidak, pelantun suara ‘Sembilu’ ini memberitahu dia pernah menolak tawaran beberapa jenama fesyen yang ada kaitan dengan Israel. Bagi Ella, dia mempunyai prinsip yang sentiasa dipegang.

Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen yang dikaitkan dengan Israel walaupun bayarannya lumayan. Saya buat ini semua kerana prinsip saya dan saya pastikan produk saya wakili ada matlamat bersifat kemanusiaan.

Saya juga minta pasukan pengurusan saya untuk meneliti tawaran terlebih dulu sebelum terima. Penting untuk kita teliti betul-betul.

Ella ditemui ketika sidang media Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia, semalam. Menurut Ella, konsert itu akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 9 Ogos depan.

MENARIK:  #RayaLebihEkstra Dengan Cashback Sehingga RM200 – Lakukan Transaksi Melalui Aplikasi Ini!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular