‘Semoga Kita Tak Berada Dalam Golongan ‘Terpaling’ – Naim Daniel Kena Kecam, Dituduh ‘Backup’ Rakan Artis?

Shopee Sale


naim

Isu boikot barangan berkaitan Israel antara yang menjadi perhatian di negara ini terutama selepas berlaku peperangan kejam ke atas Palestin.

Naim tampil bersuara

naim

Menerusi ciapan di X, pelakon dan penyanyi Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin menyelar tindakan segelintir individu yang didakwa melakukan boikot namun menghakimi mereka yang tidak melakukannya.

Pung pang kau suruh orang boikot itu ini atas nama Islam. Tapi kau jatuh hukum sendiri, hina orang yang tak/belum berbuat demikian macam kau tak belajar adab dalam agama untuk jangan melampau.

Bocor ke tak bocor Islam kau? Semoga kita tak berada dalam golongan “terpaling”.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kesal dengan kenyataan pelakon drama Project High Council itu dan mendakwa dia sedang mempertahankan rakan-rakan seindustri yang mempromosikan produk berkaitan dengan Israel.

Terpaling? Terpaling apa? Better lagi dalam golongan terpaling daripada golongan yang promote produk Yahudi sebab duit. Sekurang-kurangnya kami buat benda yang korang tak mampu buat.

Terpaling selebriti dan influencer yang tone deaf memang patut pun kena boikot. Orang tengah marah, nak bantu pergi perang tak boleh. Tak boleh influence tak apa, but don’t endorse. Ingat, peminat dan orang awam yang support kerjaya korang. Jangan terlalu sombong.

Lucu mamat ni, back up member ke tu?

Bagaimanapun, tinjauan mendapati Naim sudah pun memadam ciapan tersebut.

MENARIK:  Alina Hassan Berjaya Memenuhi Impiannya Melakukan Umrah Iktikaf Selama 50 Hari Sempena Bulan Ramadan

Terdahulu,susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular