Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel Bantu Pulihkan Masalah Gusi & Kehakisan Dalam Masa Dua Minggu

Shopee Sale


Sebahagian orang menganggap masalah kesihatan gigi boleh dicegah melalui kebersihan mulut yang berkesan, namun angka kekerapan masalah kesihatan gigi dilihat masih tinggi disebabkan kurangnya kesedaran dalam masyarakat Malaysia.

Di Malaysia, 94 peratus orang dewasa mengalami masalah gusi manakala 71 peratus menderita masalah gigi sensitif, dan hampir 46 peratus mengalami masalah gigi kuning, yang mungkin disebabkan oleh kehilangan enamel.

Apa itu enamel?

Masalah sensitif pada gigi boleh berlaku disebabkan oleh masalah gusi dan kehakisan enamel.

Enamel merupakan lapisan pelindung paling luar gigi yang mungkin lemah mengikut peredaran masa akibat asid dalam makanan dan minuman biasa, manakala masalah gusi berpunca daripada pengumpulan bakteria plak.

Justeru itu, jenama ubat gigi sensitif nombor di Malaysia iaitu Sensodyne melancarkan produk terbaharu mereka ‘Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel bersempena dengan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia ini.

‘Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel’

Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel’ merupakan satu inovasi terbaharu yang terbukti secara klinik untuk memberikan kelegaan sensitiviti yang berpanjangan, membantu memulihkan kesihatan gusi dan menguatkan enamel dalam tempoh dua minggu.

Ubat gigi terbaharu ini juga menggunakan teknologi Micro Foam dengan bahan aktif (Fluorida Stannous) ke kawasan yang sukar dicapai di antara gigi dan di sepanjang garis gusi lebih berkesan.

Selain melancarkan produk terbaharu, Haleon yang merupakan ibu syarikat kepada Sensodyne turut melancarkan kempen #BetterOralCareNation.

Menurut Pengurus Besar Haleon Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB) iaitu Bryan Wong, pengenalan ubat gigi serta kempen baharu tersebut diharapkan menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mulut.

Sembilan daripada sepuluh orang dewasa berisiko kehilangan enamel akibat makanan berasid, namun begitu ramai yang tidak menyedari kesannya terhadap gigi kita.

Walaupun ramai rakyat Malaysia menghadapi sensitiviti gigi, masalah gusi dan isu enamel, penyelesaian tetap wujud.

Di Haleon, kami percaya bahawa gigi yang sihat tidak seharusnya menjadi keistimewaan eksklusif.

Melalui pengenalan Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel dan kempen #BetterOralCareNation, kami berharap ia berupaya untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mulut mereka dengan menyampaikan penyelesaian yang boleh diakses.

Kempen #BetterOralCareNation bakal membantu meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mulut melalui iklan di kaca televisyen yang memikat hati, pengiklanan luar yang menarik perhatian, aktiviti di lapangan yang menarik dan kandungan bermaklumat di seluruh laman web Sensodyne Malaysia.

MENARIK:  [VIDEO] Thalia Baiduri Syukur Berjumpa Semula Dengan Bapa Selepas 30 Tahun Berpisah – ‘Dapat Cium Tangan Papa, Tiada Rasa Dendam’

Bukan itu sahaja, kempen yang mula dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac ini juga menawarkan pemeriksaan pergigian percuma selama sebulan, yang akan dijalankan di 1000 klinik di Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia.

Ubat gigi Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui selanjutnya kempen tersebut, layari http://www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular