Setelah Tujuh Tahun Menunggu, Barisan Artis Running Man Sekali Lagi Kembali Ke Malaysia Bertemu Peminat

Shopee Sale


Enam artis daripada rancangan hiburan TV popular Korea Selatan Running Man iaitu Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan, akan hadir “berlari” ke Malaysia.

Selepas tujuh tahun

Selepas tujuh tahun peminat-peminat di Malaysia menantikan kehadiran mereka kembali ke Kuala Lumpur. Dengan penuh keriangan, Konsert Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur akan diadakan pada 15 Februari 2025 di MIECC, Kuala Lumpur. Rancangan hiburan TV Running Man telah bersiaran tanpa henti semenjak pelancarannya pada tahun 2010. Ia kini telah memasuki tahun ke-14 penyiaran dan terus kekal popular di seluruh dunia sehingga kini, terutamanya di rantau Asia.

Bermula dari tahun 2013, artis Running Man sering berkunjung ke luar negara untuk bertemu dengan para peminat dan membawa keriangan di kalangan mereka. Kini, selepas 7 tahun, barisan artis Running Man sekali lagi kembali ke Malaysia bertemu para peminat. RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR yang dianjurkan oleh Sunstrong Entertainment bakal diadakan di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC) pada 15 Februari 2025; 5PM.

Barisan artis Running Man Jee Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan akan bersama-sama tampil bagi meraikan kejayaan berterusan rancangan ini dengan pencapaian 732 episod dan menjadi rancangan hiburan TV yang paling unggul di Korea Selatan! Acara jelajah Running Man Run 2 U telah bermula pada tahun 2024. Ia telah berjaya dianjurkan di Filipina dan Indonesia dengan penjualan tiket yang hangat dan habis dijual. Ini sekali lagi membuktikan bahawa populariti Running Man tidak boleh dinafikan.

Harga tiket

Berita baik dan kejutan kepada peminat Yu Jae Seok dan Yang Se Chan yang pertama kalinya datang ke Malaysia, mereka akan dapat bertemu dengan beliau secara langsung! Bagi peminat Running Man, Yu Jae Seok amat digemari oleh penonton kerana penampilannya yang penuh pesona dan lawak jenaka. Yang Se Chan juga disukai oleh penonton kerana gaya beliau yang humoris, serius, dan penuh semangat. Kedatangan kali pertama mereka ke Malaysia bersama ahli-ahli lain akan menampakkan interaksinya dengan peminat, dan sesungguhnya akan menghiburkan semua orang.

MENARIK:  [VIDEO] Farah Breep Breep Selamba ‘Tarik’ Lagu ‘Di Penjara Janji’ Sambil Riba Anak, Netizen Mahukan ‘Comeback’ – ‘Mantap Suaranya’

Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur akan diadakan di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC) pada jam 5 petang, 15 Februari 2025. Dengan harga tiket: RM958, RM858, RM688, RM488, RM388 dan RM288.

Penjualan tiket akan bermula pada 26 Disember, 2024 melalui laman web Bookmyshow dan TOYM. Peminat jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu barisan artis Running Man. Untuk maklumat yang lebih lanjut dan banyak lagi berita baik kepada peminat-peminat, korang boleh layari my.bookmyshow.com.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular