Shakilla Khoriri Berang Dituduh Warganegara Singapura Gara-Gara Nombor Plat Kereta – ‘Dia Beritahu Staf Jangan Bagi Aku Isi Minyak’

Shopee Sale


Pelakon Shakilla Khoriri berang dengan seorang individu yang mendakwa dirinya adalah warganegara Singapura.

Diperhatikan oleh seorang individu

Menerusi perkongsian sebentar tadi di Instagram Story, Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri menceritakan situasi ketika dia sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Pagi tadi selepas hantar Ameena ke sekolah, aku berhenti isi petrol dekat Petronas Bukit Subang, Denai Alam.

Lama betul aku tunggu mamat ni isi minyak, sampailah satu kereta di depan dia sudah selesai, aku pun pergi.

Menurut aktres berusia 34 tahun itu, individu tersebut memperhatikannya sebelum memberitahu kepada staf stesen minyak berkenaan untuk tidak membenarkannya mengisi petrol di situ.

Ia berikutan salah faham pada nombor plat kenderaan Shakilla yang didakwa dari Singapura.

Dia pandang aku dari jauh dan sebelum pergi dia panggil staf (warga Bangladesh). Dia beritahu jangan bagi aku isi minyak sebab aku orang Singapura.

Staf datang cakap, ‘kakak! Tak boleh isi minyak sini sebab abang pakai kereta Vellfire putih kata awak bukan orang Malaysia.’

Bukan nombor plat Singapura

Shakilla Khoriri

Shakilla kemudian meluahkan rasa marah terhadap individu berkenaan dan memberitahu bahawa nombor plat kenderaannya itu adalah dari Malaysia.

Bukan ke nampak bodoh? Kereta besar, otak kosong. Sebelum nak tegur pastikan dulu ada ilmu.

Tak pasal, pagi-pagi nampak bodoh. Ke tak pernah pergi Sabah Sarawak? Plat SK ni Singapura ke?

Keluarga dia siapa? Kutip dan hantar ke sekolah sekali dengan Ameena.

MENARIK:  ‘Kejar Masa Depan & Kalau Mereka Bertemu Jodoh Sekalipun, Saya Okay Tapi Jaga Anak Elok-Elok’ – Datuk Red

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular