Shakilla Khoriri Menegaskan Bahawa Beliau Tidak Memaksa Suami Orang Untuk Bercerai Dengan Isteri Saya

Shopee Sale


Shakilla Khoriri Melodi

Pelakon, Shakilla Khoriri akhirnya tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda dirinya sejak beberapa minggu yang lalu.

Selain membuat permohonan maaf berhubung gambar mesra dengan seorang lelaki, Shakilla turut memberi penjelasan mengenai dakwaan dia merupakan orang ketiga dan penyebab lelaki tersebut menceraikan isterinya.

Betul ke kau paksa suruh ceraikan?

Shakilla Khoriri

Menurut Shakilla, dakwaan tersebut sememangnya tidak betul. Tambah Shakilla, dia tidak masuk campur urusan rumah tangga pasangan tersebut.

Dia ceraikan isteri dia sebelum ini atas kerelaan diri sendiri. Keputusan itu dia buat di belah sana pun tahu. Orang cakap mereka dengar saya yang paksa lelaki itu cerai isteri dia. Saya cakap bawa isteri dia dan lelaki itu datang jumpa saya. Mereka ingat aku ni apa dajjal ke. Jahat sangat.

Itu keputusan mereka. Kalau tak nak bercerai tak payah. Teruskan sahaja rumah tangga. Saya yang kata tak apa pergi ‘repair’.

Masa dia jadi suami orang kami tak berhubung kecuali kami berjumpa dengan kawan-kawan lain disebabkan kerja. Selepas ini kalau saya dengar lagi orang kata saya provoke lelaki ini bercerai..saya suruh Melodi panggil semua orang yang cakap macam ni menghadap kita depan kamera.

Mari lelaki itu, isteri dia kita duduk sini bagitahu apa yang punca dia. Saya ni perempuan tau. Saya tak ada cakap u ceraikan isteri u. Tak ada. Itu adalah keputusan dia. Saya hanya bagi kata-kata putus saya tak boleh bermadu sebab saya tahu saya tak mampu untuk bermadu.

MENARIK:  [VIDEO] Ibu Bapa Zayn Rayyan Dibebas Dengan Jaminan, Dibenarkan Ikat Jamin RM20,000

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular