Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa terharu apabila anaknya, Ameena Sofia mahu membantunya di kedai.
Kena pergi kedai tolong Umi
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, Shakilla memberitahu anaknya itu sedang cuti sekolah. Meskipun sedang bercuti, Ameena masih bangun awal kerana mahu membantunya di kedai.
Semalam cakap, esok Umi kena pergi kedai sebab ada banyak kerja nak buat. Dia cakap, oh me too. Dia kena pergi kedai juga untuk tolong Umi. Kesianlah Umi.
Hari ini dia tengok staf tinggal seorang. Dia kata, it’s okay Umi, Allah ada tolong Umi buat kerja.
Terharu dengan sikap anaknya itu, Shakilla berharap dia sentiasa dimurahkan rezeki. Ujar Shakilla lagi, dia mahu membahagiakan Ameena.
Tak ada kebaikan dari saya. Tapi kalau ada satu kebaikan, saya minta Allah murahkan rezeki saya untuk bahagiakan anak solehah ini.
Manusia datang dan pergi, tak mengapa. Itulah game kehidupan kita. Tak semua lancar seperti kita rangka.
Menerusi pemerhatian pihak pelakon drama ‘Jasmine’ ini dilihat sedang aktif berniaga produk Premium Garlic Chilli Oil yang dibuat sendiri olehnya.