Shanell Harun Belanjakan Ratusan Ribu, Akan Mengadakan Pertunjukan Mode Pertamanya di Paris

Shopee Sale


shanell

Pereka fesyen terkenal, Shanell Harun bersyukur apabila menerima jemputan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di kota Paris.

Pertunjukan fesyen luar negara

shanell harun 2

Menurut Shanell, ini adalah kali pertama dia menerima tawaran sebesar itu selepas 10 tahun membina jenama fesyen sendiri. Kata Shanell, dia bakal mempersembahkan koleksi  terbaru kepada penggemar fesyen dari seluruh pelosok negara pada 1 Mac ini.

Ia merupakan impian ramai pereka untuk mengadakan pertunjukan fesyen di Paris kerana ia merupakan fesyen terulung dan tempat lahirnya jenama-jenama fesyen mewah.

Ini merupakan kali pertama jenama saya buat fashion show di luar negara.

Saya mendapat jemputan pihak sana selepas mereka melihat bingkisan pertunjukan fesyen sempena ulang tahun ke-10 jenama Shanell Harun yang berlangsung tahun lalu.

Mereka tanya adakah Shanell Harun berminat untuk mengadakan pertunjukan fesyen di sana? Sudah tentu saya menyatakan persetujuan.

Selepas itu, kami terus merancang untuk keluar dengan koleksi fesyen baharu untuk Fall/Winter yang bakal dipersembahankan pada 1 Mac ini di Place Vendom, Paris.

Rasa gementar

shanell harun

Bercerita lanjut, Shanell menyatakan dia mengambil inspirasi daripada Biduanita Negara, Puan Sri Saloma selain bakal memperdengarkan lagu-lagu klasik beliau yang popular.

Katanya lagi, kos untuk keseluruhan perbelanjaan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan minum mencecah ratusan ribu.

Saya teruja, takut dan gementar. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan mereka terhadap koleksi busana yang saya hasilkan.

Koleksi ini mendapat inspirasi Puan Sri Saloma dan ketika pertunjukan fesyen berlangsung, kita akan memperdengarkan lagu-lagu klasik dendangan beliau.

Ratusan ribu dihabiskan untuk terbang ke sana, kosnya agak besar kerana ia merangkumi tiket penerbangan, kos untuk membawa team Shanell Harun ke sana, makan, tempat tinggal, model serta persiapan pertunjukkan fesyen di sana.

Dalam pada itu, Shanell berharap agar jenamanya setaraf dengan jenama antarabangsa suatu hari nanti.

Saya berharap pertunjukan fesyen di Paris ini dapat membuka ruang dan peluang untuk saya melebarkan sayap di serata dunia.

Sejujurnya, saya berpendapat ramai pereka fesyen Malaysia berbakat tetapi tidak dapat untuk melangkah mengharumkan nama Malaysia di persada fesyen dunia kerana kekangan kewangan dan masa.

Saya berharap rakan-rakan seperjuangan saya dapat sama-sama melangkah mengembangkan bisnes serta identiti rekaan masing-masing di peringkat yang lebih tinggi.

MENARIK:  Berjaya Himpunkan Sembilan Penyanyi Rock Satu Pentas! Kak KM & Nona Bangga Dengan Kejayaan Konsert ‘Rock Legend Berzaman’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular