Sharifah Shahirah & Tyzo Xander Kembali Menjadi Tuan Rumah Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024

Shopee Sale


Debaran semakin hampir menjelang malam anugerah KNKV Viral Award 2024 yang bakal berlangsung pada Selasa, 20 Feb 2024 ini di Zepp Kuala Lumpur.

Kembali bergandingan

KNKV Viral Award 2024 adalah sebuah majlis pengiktirafan kepada Pempengaruh (Influencer), Pencipta Kandungan (Content Creator), Platform Tular (Viral Page) dan Saluran Tular (Viral Channel) terulung di Malaysia.

Hari ini, Penganjur KNKV Viral Award 2024 telah mengumumkan 4 hos yang akan mengacarakan majlis anugerah tersebut termasuk Tyzo Xander yang telah diumumkan sebelum ini.

Paling mencuri tumpuan adalah Syarifah Shahirah atau lebih mesra sebagai Rara yang akan kembali bergandingan bersama Tyzo, lebih istimewa kali ini mereka akan bersiaran secara langsung di kaca televisyen.

Sebelum ini, gandingan Tyzo dan Rara telah menemani pendengar sebuah stesen radio swasta sejak tahun 2016 namun kontrak Tyzo ditamatkan menjadikannya isu kontroversi pada Januari lalu.

Sejejurnya saya senang dapat terus bekerja dengan Tyzo, dia paling kelakar dan terbaik. Pastinya dia akan menjadi hos TV yang baik kerana bagi saya dia bijak dan peka dengan sekeliling, kata Syarifah Shahirah.

Bagi saya gandingan bersama Kak Rara sebagai penyampai radio sebelum ini adalah cukup hebat, saya akui saya dapat anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH ke 35 kerana bergandingan dengan dia. Alhamdulillah ramai pendengar suka dengan gandingan kami, kali ini pasti lebih istimewa kami ditemukan jodoh sekali lagi atas pentas anugerah berprestij dan live di TV pula, kata Tyzo.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Jangan Jemput Fitnah, Dosa Selalu Memburu Hidup Kita’ – Bonda Rozita

Anugerah KNKV Viral Award 2024 akan turut menampilkan hos Azhar Jalil & Diana Rusdi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular