Sheila Rusly Terima Menantu Lagi, Anak Bongsu Nikah Hari Ini

Shopee Sale


Pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira memberitahu bahawa adik iparnya, Luth Mikhail dan pasangan, Beatrice Chitra bakal melangsungkan pernikahan pada hari ini.

Sheila Rusly, Jinggo terima menantu lagi

Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram, memaparkan Beatrice yang memakai busana pengantin berwarna putih sedang berada di dalam kereta dipercayai untuk menuju ke lokasi pernikahan.

Elisya yang juga merupakan menantu kepada aktres, Sheila Rusly dan pengarah, Jinggo itu turut berada di dalam kenderaan tersebut bagi menemani pengantin perempuan.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik oleh bakal pengantin lelaki, Luth Mikhail di Instagram, majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di Geo Resort & Hotel yang terletak di Genting Highlands.

Pada Khamis, adik kepada aktres Fasha Sandha ini juga sempat memuat naik momen malam berinai dan kelihatan bakal pengantin perempuan duduk di atas pelamin sambil dipakaikan inai.

Menerusi tinjauan , Sheila dan Jinggo tidak memuat naik sebarang perkongsian di media sosial tentang perkahwinan anak bongsu mereka.

MENARIK:  Bekas Pembantu Rumah Zarina Zainuddin Dakwa Tak Tahan Dipukul Anak Autisme, Suruh Buat Laporan Polis Kalau Betul Mencuri

Sekadar info, Beatrice yang ditemani Sheila dan keluarga telah memeluk agama Islam sekitar Ogos tahun lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular