Shila Amzah Kongsi Penerimaan Ubai Selepas Anak Lelaki Disahkan Hidap Autisme – ‘Masa Awal Berkawan Dah Cakap’

Shopee Sale


Penyanyi Shila Amzah berkongsi tentang penerimaan suaminya, Ubai Mz apabila anak lelakinya, Seth Uwais disahkan menghidap autisme tahap satu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Anak Shila Amzah Didiagnosis Autisme Tahap Satu – ‘Doakan Kami Boleh Jaga Anak Autistik Dengan Sempurna’

Artikel berkaitan: ‘Panggilan Papa Untuk Ubai, Dia Ambil Langkah Proaktif Sebagai Bapa Sambung’ – Shila Amzah

‘Dari awal berkawan dah cakap’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Shila berkata, dia sudah memaklumkan kepada Ubai ketika awal perkenalan mereka tentang keadaan anaknya yang tidak seperti kanak-kanak lain.

Menurutnya, Ubai juga memiliki ahli keluarga yang menghidap autisme dan tahu cara untuk mengendalikan mereka.

Dari masa kitaorang awal berkawan memang dah pernah cakap dengan dia dan dia memang ada sorang adik saudara yang autisme.

Jadi dia tahu cara untuk mengendalikan kanak-kanak yang istimewa ini. Dan secara jujurnya, dia sangat pandai melayan kanak-kanak.

Terdahulu, Shila memaklumkan Seth telah didiagnosis autisme tahap satu dan perlu menjalani rawatan terapi dan dihantar ke sekolah kanak-kanak autisme.

Untuk rekod, Seth adalah anak daripada perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada 2018, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.

MENARIK:  Pak Ya Hidap Masalah Hempedu & Jantung, Perlu Jalani Pembedahan

Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Ubai Mz pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira yang dilahirkan pada 9 Mei lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular