Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah: Ada Masalah, Shila Amzah Tidak Takut Lagi

Shopee Sale


Isu keluarga penyanyi Shila Amzah nampaknya masih beterusan apabila adik lelakinya iaitu Amir Syafiq didakwa meletakkan kesalahan pada dirinya kerana tidak dapat menggalas tanggungjawab dengan baik sebagai kakak sulung.

Letih berdepan kontroversi

Menurut Shila, dia sudah terlalu penat untuk berhadapan dengan segala dakwaan dan tohmahan tidak benar membabitkan dirinya. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 33 berkata dia sudah letih berdepan segala kontroversi termasuklah yang terkini mengenai hasratnya menjual rumah yang didiami ibu dan adik-beradik lain.

Ujar Shila, dia terpaksa meluahkan perasaan yang terbuku di hati selepas adik lelakinya itu berterusan meletakkan kesalahan pada dirinya.

Saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain. Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah. Saya dah terlalu penat nak hadap ni semua, tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam.

Berbicara mengenai keputusannya mahu menjual rumah didiami ibu dan adik-beradik lain, penyanyi ini berkata hasratnya itu telah dipersetujui oleh ibunya, Fauziah Sarman.

Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah. Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya.

Di samping itu, Shila turut menepis dakwaan yang dibuat Syafiq berhubung lebih mementingkan wang daripada keluarga. Tambah Shila, kebenaran yang cuba didedahkan oleh Amir berhubung isu itu hanyalah rekaan dan kisah dongeng.

Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri? Kenapa takut?

Kenapa mute aku kalau kau betul. Aku dah sampai limit ni. Aku ada semua resit, jangan ingat aku diam. Aku ni yang bangang. Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Meh la kalau kau betul anak jantan sulung macam kau claim. Bak datang aku tunggu.

Terdahulu, Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman mereka. Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagaikan haiwan jalanan.

MENARIK:  Black Hanifah Masih Waras, Tak Buat ‘Cuci Duit’ – ‘Aku Banyak Show Lah! Ada Perniagaan Villa & Kapal’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular