Shuib Dituduh ‘Heret’ John Ke Mahkamah

Shopee Sale


Penyampai radio dan pelawak Shuib meneruskan tindakan undang-undang terhadap pengguna Facebook yang dikenali dengan nama John Dihani selepas mendakwa Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ‘tak nak ditidurkan’ ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Peguam dah urus surat

Ketika ditemui , Shuib menyatakan dia mempunyai maklumat lengkap mengenai John Dihani termasuk alamat rumah dan nombor telefon.

Kata Shuib, 39, tindakan John Dihani sangat biadab kerana telah menabur fitnah yang melampau.

Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu.

Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja.

Shuib berkata demikian ketika sidang media tergempar yang diadakan di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri, pada Selasa.

Nak bagi pengajaran

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad menekankan tindakan undang-undang yang diambil untuk memberi pengajaran kepada pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati.

Tindakan undang-undang yang mahu diambil adalah sebagai pengajaran agar perkara yang sama tidak lagi berulang lagi.

Selain itu, netizen juga tidak akan berani meninggalkan komen sewenang-wenangnya kepada selebriti lain.

Sebelum ini, John Dihani menulis komen yang berbunyi, ‘Kalau ikut voicenote yang bocor. SS (Siti Sarah) minta tak nak ditidurkan. Tapi Shuib pujuk. Katanya nanti boleh jumpa anak-anak. Jalan cerita lebih kurang macam itu. Last terus tidur. Shuib pun promote vakshit (vaksin)’ di Facebook.

MENARIK:  Kepala Bayi Putus, Tertinggal Dalam Rahim Ketika Bersalin -‘Saya Dipaksa Teran, Walaupun Bayi Songsang’

Terdahulu, Shuib sudah hilang sabar apabila dua pengguna Facebook menuduh dia antara ahli sebuah organisasi Freemason selain sengaja menidurkan Allahyarham Siti Sarah.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsu, Ayash Affan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular