Shuk Sahar Terpaksa Pinjam Duit Kawan Ketika Nama Diboikot, Terhutang Budi Pada Shuib, Nabil & Ebby Yus

Shopee Sale


Shuk Sahar

Pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan rakan seindustri iaitu Shuib pernah meminjamkan wang berjumlah RM10,000 kepadanya sewaktu dia hilang sumber pendapatan susulan digam atau ‘banned’ dari industri disebabkan terpalit kontroversi.

Pinjam duit kawan

Shuk Sahar

Ketika ditemui , Shuk memberitahu bukan sahaja Shuib, tetapi jasa dua rakan selebriti lain iaitu Nabil Ahmad dan Ebby Yus yang juga sanggup menghulurkan wang ketika dia dalam keadaan susah tidak akan dilupakan.

Kalau yang saya betul-betul pinjam duit daripada Shuib la. Tapi sampai satu tahap tu, saya sendiri berhenti pinjam duit daripada dia. Sebab saya pinjam sampai RM10,000 juga.

Ada juga rakan-rakan artis yang tolong saya ketika susah, antara nama-nama yang saya kena sebut juga adalah Nabil Ahmad dan Ebby Yus. Masa itu saya bawa jenama satu baju raya, pihak jenama itu hubungi saya cakap saya tak sambung.

Hari yang kami kena shooting, Nabil hubungi saya tanya ‘kenapa tak ada?’, saya cakap memang dah tak ada. Petang itu, dia terus bank in duit kepada saya. Sama juga dengan abang Ebby Yus.

Abang Ebby hubungi saya tanya keadaan saya okay ke tak, lepas itu dia cakap ‘bagi saya nombor akaun pada PA abang’. Dia terus bank in, inilah orang-orang yang saya memang akan ingat.

Shuk berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Dol’s Podcast yang berlangsung di The Curve, Damansara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Melanjutkan bicara, Shuk mendedahkan terdapat beberapa rakan yang mula menjauhkan diri daripadanya.

Ada juga yang mula menjauhkan diri dari saya. Ada yang sampai bini (isteri) artis suruh suami dia block saya. Memang berlaku.

Dalam pada itu, Shuk melahirkan rasa syukur apabila Allah memberikan peluang kedua untuknya kembali mewarnai industri dan menjalani kehidupan yang lebih stabil dan selesa.

Kehidupan sekarang Alhamdulillah, Allah berikan satu lagi peluang kepada saya untuk jadi suami itu satu, menjadi seorang bapa. Macam mana sekali pun, saya ada anak-anak dan menjadi anak kepada ibu bapa saya.

Yang paling penting, Alhamdulillah saya mampulah menjalani hidup kembali normal. Tak ada dah nak meminjam dengan orang dah, tak ada harap menagih simpati orang.

Saya sampai pernah satu masa ketika dulu, saya buat live di TikTok, kita menagih ‘gift’, ‘nak tengok jambatan Pulau Pinang tak?’ sebab nak minta orang bagi gift. Saya pernah lalui zaman itu.

Jadi apabila saya ada sekarang, bukan la nak kata selesa macam dulu tapi Alhamdulillah selesa. Saya akan jaga apa yang ada sekarang.

Untuk rekod, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun mereka bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

MENARIK:  Nelayan Nampak Anak Bulan, Perak & Johor Pernah Sambut Raya Awal Sehari

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Shuk kemudian berkahwin dengan Fara Salleh pada November tahun lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular