Siapa Buka Lampu? Terbangkan Sutradara Dari Indonesia, Suntik Kelainan Untuk Tembus Pasaran Negara Serantau

Shopee Sale


Siapa Buka Lampu?

Ingin menonjolkan kelainan dalam filem Melayu sulung berjudul Siapa Buka Lampu?, penerbit naskhah tersebut iaitu Punnagai Poo Gheetha telah memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah.

Pengarah Indonesia

Siapa Buka Lampu?

Menurut Gheetha, dia bukan menidakkan kemampuan pengarah tempatan, namun telah mengatur satu strategi pemasaran agar filem Siapa Buka Lampu? dapat dipasarkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga negara serantau.

Saya mahu sesuatu yang mudah diterima penonton tetapi dalam masa sama ada sentuhan yang menggabungkan elemen tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.

Selain filem ini tentang parodi hantu-hantu popular, pengarah, kru dan pelakon juga merupakan gabungan daripada tiga buah negara.

Oleh itu, penonton dapat merasai ‘rasa’ Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam sebuah karya. Justeru, pemilihan Reka Wijaya untuk filem ini adalah tepat.

Gheetha berkata demikian ketika ditemui pada majlis malam gala tayangan filem tersebut yang berlangsung di TGV, Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai cabaran pembikinan filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta itu, Gheetha menjelaskan bukan mudah untuknya memegang dua posisi serentak iaitu selaku penerbit dan juga pelakon.

Tekanan yang dihadapi sebagai seorang penerbit cukup tinggi, begitu juga dengan pelakon.

Saya memikul kedua-dua tugas serentak sememangnya cukup mencabar. Saya perlu memastikan tekanan tidak terlihat pada wajah sewaktu penggambaran berlangsung.

Cabaran untuk komunikasi

Siapa Buka Lampu?

Selain Gheetha, pelakon dan pelawak Ammar Titan turut membintangi filem bergenre komedi seram ini selepas membintangi filem Siapa Tutup Lampu? yang diterbitkan pada 2021.

Filem Siapa Buka Lampu? boleh dikira seperti sebuah filem francais yang menggunakan judul dan konsep yang sama tetapi barisan pelakon yang berbeza.

Dalam filem ini saya bergandingan dengan Qasrina dan pelawak yang faham bagaimana untuk mempersembahkan sebuah karya komedi.

Melanjutkan bicara, Ammar memberitahu cabaran terbesar yang dihadapi ketika penggambaran adalah masalah komunikasi kerana pengarah dan kru berasal dari Indonesia.

Filem ini bergenre seram komedi dan cara orang Malaysia berlawak dengan Indonesia agak berbeza. Kelakar bagi kami, tidak bagi pengarah (ketawa).

Jadi, kami harus mencari titik temu agar semua pihak berpuas hati menerusi perbincangan dan juga latihan. Bekerja dengan pengarah Indonesia, bagi saya sangat berbeza kerana pemikirannya tidak sama dengan pengarah di Malaysia.

Satu pengalaman yang bagus untuk saya dan diharap penonton akan memberikan sokongan kerana filem ini sangat kelakar dan mampu menghilangkan tekanan anda.

Selain Gheetha dan Ammar, filem Siapa Buka Lampu? yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 4 Julai lalu turut dibintangi oleh Qasrina Karim, Azhar Jalil, Angie Ang, Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Bell Ngasri, Tia Tavee, Mamak Puteh dan Geoff Feyaerts.

MENARIK:  [VIDEO] Taufik Batisah Jadi Bilal Solat Jumaat, Netizen Beri Pujian – ‘Terbaiklah, Gunakan Suara Di Jalan Yang Betul’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular