Sifat Rendah Diri Siti Nurhaliza ‘Terdedah’ Lagi, Sanggup Turun Semula Dari Kereta Untuk Bergambar Dengan Peminat

Shopee Sale


Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sepotong video memperlihatkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sanggup turun dari kereta untuk bergambar dengan peminat telah menyorot perhatian wargamaya.

Turun kereta demi peminat

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Menerusi perkongsian video di TikTok milik @darson_duyongf34, seorang wanita bersama dua anaknya menuju ke kenderaan Siti untuk meminta izin mengambil gambar bersama.

Siti yang ketika itu sudah berada di dalam kereta dilihat turun semula dari kenderaannya untuk memenuhi permintaan wanita berkenaan.

Wanita tersebut dilihat gembira dan tersenyum apabila dapat merakam foto bersama penyanyi kesayangan tanah air itu.

Seperti dijangka, perkongsian tersebut menuai pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen memuji sifat pelantun lagu Cindai itu yang sangat mesra dan peramah dengan peminatnya.

Selain itu, ada juga segelintir warganet yang ‘makan hati’ apabila wanita berkenaan dapat berjumpa dengan Siti secara berdepan.

Video

MENARIK:  Tiga Remaja Lelaki Diculik, Dipukul & Dirakam Gambar Bogel..Pelaku Siap Ugut Nak Sebar Foto!
" data-video-id="7387764376020847880">
@darsonduyongSiapa kenal Artis ini ? ?? original sound – Darson_DuyongF34

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular