Stacy Terharu Melihat Peminat Mengenali Suaranya Walaupun Menyamar – Bagi Saya, Itu Kemenangan Sebenar

Shopee Sale


Foto: Astro Gempak

Penyanyi, Stacy yang memakai kostum bunga matahari dinobat sebagai juara dalam pertandingan The Masked Singer Malaysia Musim (TMSM) musim keempat.

Peminat yakin Bunga Matahari ialah Stacy

Ketika ditemui , Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy binti Anam meluahkan rasa syukur atas kemenangannya dalam program tersebut.

Tambah Stacy, meskipun dia dikatakan gagal menyembunyikan identiti dirinya namun dia berbangga dan terharu kerana peminat masih mengenali suaranya sejak dari awal penyertaan dalam pertandingan itu.

Bagi saya itu kemenangan sebenar bila peminat mengenali saya walaupun cuba menyamar. Mereka begitu mengenali saya dan yakin Bunga Matahari ialah saya sejak awal walaupun saya mengunci mulut.

Mereka mesej saya dan beritahu walaupun saya tidak mengaku mereka tetap undi dan sokong Bunga Matahari.

Apabila ditanya mengenai cabarannya saat memakai kostum Bunga Matahari berkenaan, Stacy berkata dia mengalami kesukaran kerana kostum tersebut sangat berat sehingga menyukarkan pergerakannya. Tambah Stacy lagi, dia pernah hampir pitam ketika menyampaikan lagu Run The World.

Baju berkenaan berat dan sebenarnya menghadkan pergerakan dan tarian, mujur semua membantu dan berikan kerjasama.

Sekadar info, Stacy diumumkan juara The Masked Singer Malaysia musim keempat menewaskan empat pesaing lain iaitu Mat Helang (Namie), Sang Kancil (Danial Zaini), Biskut Aiskrim (Adinda) dan Teratai (Nabila Razali).

MENARIK:  Mayat Separuh Bogel Tanpa Kepala Ditemui Terbaring Di Dapur

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular