Suami Halim Yazid Nikahi Peminat Berusia 21 Tahun Tanpa Pertikaian Antara Isteri Pertama & Kedua

Shopee Sale


Figura dan lagenda dikir barat Kelantan iaitu Halim Yazid memberitahu dia telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang wanita berusia 21 tahun.

Halim Yazid kahwini wanita 21 tahun

Ketika ditemui di sidang media Konsert Zikir Dikir, Halim berkata meskipun dia dan isteri keduanya, Nurul Farhana Asyikin mempunyai jarak usia 43 tahun namun ia bukan penghalang buat mereka untuk mengecapi kebahagiaan. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia enam bulan.

Dulu dia peminat saya, dia pun kenal saya sebab dia pernah mengasuh anak sepupu saya. Selepas itu, kami berkenalan di media sosial. Isteri kedua berasal dari Kelantan.

Tambah Halim lagi, kedua-dua isterinya tinggal di satu kawasan yang sama tetapi rumah yang berbeza. Malah mereka berdua kerap membantunya dalam perniagaan nasi lemak serta nasi berlauk di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Isteri pertama dengan kedua ni tak bergaduh tapi tidak berbaik, mereka ada berjumpa tapi memang tak bergaduh.

Dalam pada itu, Halim menafikan bahawa dakwaan dia berniaga kerana mengalami kesempitan wang sebaliknya menjelaskan perniagaan yang dilakukannya hanyalah untuk mengisi masa lapang.

Daripada otak jadi tepu tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya lakukan sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan. Lagipun, saya buka gerai sebab nak jumpa peminat, ada antara mereka datang semata-mata untuk bergambar dengan saya.

Sekadar info, Halim Yazid bersama Hafiz Hamidun akan bergabung menerusi Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, pada 3 Mei 2024.

MENARIK:  Mimi Fly Jawab Dakwaan Suka Kaum Sejenis – ‘Selalu Kena Panggil, Lesbian Ke?’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular