Sudahkah Marissa Dania & Aslam Dituduh Bernikah di Songkhla?

Shopee Sale


marissa kahwin

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam.

Nikah senyap-senyap?

Memetik laporan Harian Metro, pasangan tersebut didakwa telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Menurut sumber, Marissa dan lelaki tersebut mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarga gadis itu dan juga isteri pertama Aslam.

Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan.

Dalam pada itu, sumber juga mendakwa bahawa ikatan mereka kembali terjalin selepas Aslam dan Misya rujuk semula dan kontroversi hubungan mereka reda.

Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia merupakan orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Norman dan Abby tidak berjaya.

MENARIK:  ‘Tak Ada Selera Nak Beli Rumah Dalam Malaysia, Saiz Kotak Kasut Harga Setengah Juta’ – Diana Danielle

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular