Suga BTS Terbaring Tepi Jalan, Tunggang Skuter Dalam Keadaan Mabuk

Shopee Sale


Anggota kumpulan BTS iaitu Suga disiasat pihak berkuasa Korea Selatan selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.

Suga tunggang skuter dalam keadaan mabuk?

Memetik laporan Allkpop, Balai Polis Seoul Yongsan sedang menyiasat Suga atas tuduhan melanggar undang-undang di bawah Akta Trafik Jalan Raya kerana menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk di daerah Yongsan.

Penyanyi berusia 31 tahun itu ditemui terbaring bersendirian di tepi jalan pada malam Selasa bersama skuter eletrik yang ditunggangnya.

Susulan daripada itu, agensi Big Hit Music tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang dilakukan artis di bawah naungan mereka itu.

Mereka menjelaskan  kejadian itu berlaku ketika Suga dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil minuman keras. Suga kemudian dibawa pulang ke rumah oleh polis pengiring.

Untuk info, di Korea Selatan skuter eletrik tertakluk kepada peraturan jalan raya sama seperti kereta.

MENARIK:  ‘Tidak Sangka Perasaan Suka Akan Bertukar Kepada Benci, Saya Rasa Diburu & Diancam’ – Mawi

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular