Sunway Menyediakan Pelbagai Aktiviti & Hadiah Menarik Bernilai Sehingga RM500,000 Sempena Ulang Tahun ke-50

Shopee Sale


Sempena sambutan ulang tahun ke-50 tahun ini, Sunway mengadakan Golden Jubilee Mega Roadshow secara besar-besaran di 4 buah negeri terpilih iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor & Johor.

Di sana korang boleh nikmati pelbagai tawaran dan harga menarik untuk produk & perkhidmatan Sunway.

Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk menang cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM500,000.

Tanda penghargaan Sunway kepada masyarakat!

Kalau korang nak tahu tujuan utama mega roadshow ini diadakan adalah sebagai satu tanda penghargaan kepada masyarakat Malaysia yang tak putus-putus menyokong Sunway.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Digital & Strategik Kumpulan Sunway, Evan Cheah, Sunway memulakan perniagaan yang berbeza bukan sahaja demi keuntungan, tetapi untuk memenuhi keperluan orang ramai.

“Sepanjang 50 tahun yang lalu, kami telah menyentuh kehidupan ramai orang daripada pelbagai kehidupan dan akan terus berinovasi untuk generasi akan datang.”

Mahu kongsi kejayaan bersama!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sunway Lagoon Malaysia (@sunwaylagoonmalaysia)

Berjaya menjadi salah satu syarikat gergasi di Asia Tenggara kini, Sunway nak kongsi kejayaan mereka dengan korang semua dengan memberikan tawaran dan harga luar biasa sempena mega roadshow kali ini.

Melalui mega roadshow ini, pakej dan tiket taman tema, hotel, pusat beli belah dan banyak lagi ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi.

Korang tak kan dapat dah tawaran dan harga sebegini. Ianya tawaran sekali seumur hidup!  Ini jaminan Sunway.

Oleh itu, pastikan korang tak terlepas Mega Roadshow Sunway pada tahun ini.

MENARIK:  ‘Nak Murah Kena Pergi Luar Bandar’ – Shila Amzah Pula Tegur Harga Lesen Kereta Makin Melampau, Saran Pihak Berwajib Buat Pelarasan

Berikut min kongsikan butiran-butiran rasmi Mega Roadshow Sunway:

  • 21 Februari 2024 – 25 Februari 2024: Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
  • 22 Februari 2024- 25 Februari 2024: AEON Mall Kinta City, Ipoh, Perak
  • 29 Februari 2024 – 3 Mac 2024: Sunway Pyramid, Sunway City Kuala Lumpur
  • 5 Mac 2024 -10 Mac 2024: Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor

Muat turun aplikasi Sunway Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Lepas dah muat turun, jangan lupa untuk klik pada Sunway Golden Jubilee Booklet. Dekat sana ada banyak info mengenai mega roadshow dan tawaran-tawaran yang Sunway ada.

 

 

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular