Syafiq Kyle & Hun Haqeem Antara 23 Selebriti Hadir ‘Together Gather’ Bersama Lebih 100 Usahawan Terkemuka Di Kelantan

Shopee Sale


Viu Malaysia

Viu Malaysia iaitu sebuah perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW telah menganjurkan program ‘Viu Together Gather’ yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 26 April lalu.

23 selebriti, 100 usahawan

Viu Malaysia

Penganjuran acara tersebut menjadikan Viu Malaysia satu-satunya platform penstriman yang berjaya menganjurkan program dengan kehadiran 23 selebriti popular tanah air bersama lebih 100 usahawan terkemuka di Kelantan.

‘Viu Together Gather’ merupakan anjuran bersama Viu Malaysia dan agensi, Rich Colors Advertising Sdn Bhd.

Program ini juga merupakan usaha Viu Malaysia dalam memperkenalkan jenama Viu dan rangkaian kandungan program tempatan dan antarabangsa terbaik yang tersedia di Viu di Pantai Timur.

Dengan perubahan landskap pengiklanan di mana banyak jenama telah beralih ke platform digital dalam aspek promosi dan pemasaran, program ini sekaligus membuka peluang kepada usahawan tempatan yang ingin berkolaborasi dan mengembangkan perniagaan mereka bersama Viu Malaysia.

Antara usahawan yang hadir pada majlis tersebut adalah Venus Rose, Elegant Cosmetics, Ufora, BCF by Chefiza, Afini Beauty , Dalya Beauty, Demica, Maaez, Annems Leadership Solutions dan ramai lagi.

Barisan artis

Viu Malaysia

Dalam masa yang sama, Viu Malaysia juga turut memperkenalkan barisan selebriti yang terlibat dalam drama yang ditayangkan di Viu.

Antaranya ialah pelakon utama bagi drama bersiri Viu Original iatu Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Shahkimin (W: Two Worlds), Syafiq Kyle, Datin Seri Paduka Umie Aida, Syafi Tee dan penerbit Eirma Fatima (Terlanjur Cinta).

Selain itu, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don (From Saga With Love 2), Azira Shafinaz dan Aqasha (Nafsu), Nadiya Nisaa dan Sara Mack Lubis (The Secret) serta Mira Filzah dan Tracie Sinidol (Gadis Masa).

MENARIK:  Nak Menang Lampin Applecrumby® Secara Percuma Selama 365 Hari? Ikut Langkah Ni Untuk Dapatkannya!

Turut hadir adalah penerbit dari Global Station, Alia Ramly serta para pelakon drama bersiri di Viu iaitu Alya Iman (Anggun Mikayla), Nabila Razali (Bawah Payung Awan), serta Hannah Delisha dan Redza Rosli (Di Hatiku Ada Kamu).

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan dari kumpulan DeFam dan Nabila Razali menerusi lagu raya viral mereka Alamak Raya Lagi dan Raya Mana? dan dihoskan oleh Ifa Raziah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular