Syazwan Zulfikli Pula Dipetik Netizen, Nafi Belasah Kekasih Dalam SUV – ‘Itu Bukan Gua Brother, Malu Sikit Main Tuduh’

Shopee Sale


Selepas Ammar Alfian, nama pelakon Syazwan Zulkifli pula dipetik netizen susulan tularnya berita mengenai seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa menumbuk wajah kekasihnya.

Syazwan nafi terlibat

Menerusi ruangan komen di laman Instagram (IG)nya sendiri, segelintir netizen dilihat menuduh Syazwan dan mengaitkannya dengan berita tersebut.

Tidak berdiam diri, pemilik nama Mohd Syazwan Zulkifly ini dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut.

Pelakon filem ‘Malbatt: Misi Bakara’ ini juga meminta wargamaya untuk menyelidik terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tuduhan terhadapnya.

Brother, itu bukan gua brother. Malu lah sikit main tuduh-tuduh orang macam ini.

Terdahulu, tularnya berita mengenai seorang pelakon lelaki berusia 37 tahun yang memiliki tubuh badan sasa didakwa menumbuk wajah kekasihnya dalam satu kejadian di sebuah kondominium di Damansara, pada Ahad.

Difahamkan, dalam kejadian terbabit aktor itu menumbuk mata dan badan wanita terbabit di dalam kereta miliknya sebelum mangsa tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, Ahad.

MENARIK:  Bawa Tema ‘Unleashing Possibilities’, d Conference & d Awards Kembali Tahun Ini!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular