‘Tak Mati Pun Kalau Tak Minum’ – Zizi Kirana ‘Support’ Produk Tempatan

Shopee Sale


Simpati akan nasib yang menimpa masyarakat di bumi Palestin, penyanyi Zizi Kirana mengakui dia tidak lagi memakai mahupun menggunakan barangan dari jenama antarabangsa yang berkaitan dengan Israel.

Tak mati kalau tak minum

Menerusi temu bual bersama Zizi memberitahu dia memilih untuk menukar semuanya kepada jenama tempatan. Menurut Zizi, dia lebih peka dan berhati-hati dalam membeli termasuklah barang solekan dan juga makanan.

Memang susah nak boikot sebab kita sudah terbiasa dan sebenarnya dari dulu lagi kita sudah dikelilingi barangan dari luar. Macam saya sendiri, dari segi peribadi, barang solek pun saya tukar.

Apa yang saya ada sebelum ini saya habiskan, ada yang juga saya tukar seperti pencuci muka dan barang solek. Pada jurusolek yang selalu solek saya pun saya akan bertanya pada dia, dia menggunakan barangan solek dari mana.

Saya berpesan untuk pakai sahaja saja jenama tempatan untuk solekan saya. Saya juga kata jangan beli baru, kalau yang lama tidak mengapa. Saya juga tidak lagi minum M*lo walaupun itu kegemaran saya. Itu saya katakan pada Yusuf (suami), tak mati pun kalau tak minum.

Disoal sama ada mudah atau tidak untuk memboikot jenama berkaitan pro-Israel, pelantun suara ‘Eh’ ini dengan ringkas menjawab tidak mudah pada awalnya.

Bila kita latih benda ini, insya-Allah ia boleh membantu. Kita perlu memperluaskan solidariti kita buat Palestin, supaya impaknya lebih besar pada pihak sana.

Kita melakukan semampu yang boleh, jangan beli barang yang boleh menyalurkan pendapatan kepada belah sana. Kita punya usaha memang nampak kecil, tapi insya-Allah benda ini akan menjadi saksi untuk kita di akhirat nanti.

Zizi yang ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024 di Glam Hall Damansara, Sabtu lalu, turut terbabit dalam menghasilkan lagu khas buat program itu, yang berjudul Bersamamu Rafah. Lagu yang dihasilkan oleh Yuka Kharisma itu turut dinyanyikan bersama Yuka, Idayu, Datin Seri Umie Aida dan Datuk Seri Alha Aldfa.

MENARIK:  [VIDEO] Eyka Farhana Masak Mee Bandung, Kecantikan Jadi Perhatian – ‘Pandai Masak, Boleh Kahwin Dah’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular