Tak Sedar Anak Panjat Tingkap Ruang Tamu, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16

Shopee Sale


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 selepas memanjat keluar dari tingkap kediaman keluarganya di blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, pada Ahad.

Maut jatuh tingkat 16

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, ketika kejadian, ibu bapa mangsa yang berusia 30-an mendapati mereka seisi keluarga sedang tidur dan dipercayai tidak menyedari mangsa memanjat tingkap yang terletak di ruang tamu.

Ibu mangsa yang bangun (dari tidur), mendapati anaknya sudah berada di bahagian luar tepi tingkap ruang tamu yang terbuka dan tidak sempat mendapatkan anaknya sebelum kanak-kanak itu terjatuh.

Mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merekod keterangan ibu bapa mangsa.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz meminta saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 0361561222 bagi membantu siasatan.

MENARIK:  ‘Aku Minat Dia Dari Sekolah, Lagu Dia Aku Hafal’ – Amir Jahari Sifatkan Nabil Zamanhuri Rakan Yang Baik

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular