Tawar Pengalaman Terbaik Kepada Pengguna, Ini Dua Produk Inovatif Terbaharu HUAWEI

Shopee Sale


HUAWEI kini telah melancarkan dua produk terbaharu iaitu Watch Fit 3 dan MateBook X Pro secara rasmi di Malaysia.

Pastinya, produk dengan inovasi teknologi baharu ini menunjukkan komitmen HUAWEI memberikan pengalaman terbaik kepada penggunanya.

Jam tangan Watch Fit 3 ini tampil dengan teknologi terkini di mana menggabungkan fesyen mewah dengan ciri penjejakan kesihatan dan kecergasan yang mantap.

HUAWEI Watch Fit 3 ini mempunyai fungsi TruSeen 5.5 inci terbaharu bagi pemantauan kadar denyutan jantung dan TruSleep 4.0 bagi menjejak durasi tidur yang sihat untuk pengguna.

Dengan fungsi jam tangan pintar itu, ia dapat memastikan pengguna kekal berhubung tidak kira di mana mereka berada.

Terdapat enam jenis warna ditawarkan iaitu hijau, putih, merah jambu, hitam, white leather dan grey nylon yang didatangkan dengan tali jam berkualiti tinggi.

Harga ditawrkan bermula dari RM599 hingga RM699. Bagi pelanggan yang membuat tempahan awal jam tangan itu akan menerima hadiah percuma bernilai RM89 dan menebus baucar early bird RM30 bermula dari hari ini hingga 17 Mei 2024.

Manakala MateBook X Pro adalah sebuah komputer riba ultra-ringan dan paling nipis dalam kelasnya serta memiliki skrin sentuh LTPS 14.2-inci yang menawarkan resolusi 3K dan nisbah skrin-ke-badan 90%, disokong oleh gamut warna 100% sRGB untuk visual yang jelas dan tepat.

MENARIK:  Iqbal Zulkefli Bakal Sambung Belajar Di Mesir Dalam Bidang Syariah Islam, Risau Tinggalkan Anak Lama

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 yang canggih, ia memberikan kelajuan dan responsif yang luar biasa menjadikannya pilihan tepat untuk profesional.

Harga HUAWEI MateBook X Pro ini bermula dari RM8,999 hingga RM10,999 dan tersedia untuk pra-pesanan bermula dari 14 Mei hingga 24 Mei 2024.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular