Tay Tawan Membahaskan 3 Barang Penting yang Perlu Dibawa Ketika Melancong ke Thailand

Shopee Sale


Pelakon popular Thailand iaitu Tay Tawan mencadangkan rakyat Malaysia untuk melancong ke beberapa tempat ‘hidden gems’ di Thailand.

Tay Tawan ajak pergi Krabi, Chiang Mai

Ketika ditemui di majlis pelancaran kempen ‘Takeover Thailand’  Tay Tawan menyifatkan negara kelahirannya itu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat kaya dengan alam semulajadi malah menjadi tumpuan para pelancong seluruh dunia terutamanya rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Saya sangat terharu kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada kempen Takeover Thailand with Tay Tawan.

Saya juga berbesar hati untuk menunjukkan tarikan Thailand kepada rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia. Saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk semua merasai keunikan di Thailand.

Tay Tawan yang merupakan Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia turut mencadangkan agar para pelancong untuk menerokai beberapa tempat menarik di Thailand yang kaya dengan alam semulajadi dan sememangnya akan membuatkan ramai jatuh hati.

Dua tempat iaitu Krabi dan Chiang Mai. Kedua-dua tempat sangat menarik. Seperti di Chiang Mai, pelancong boleh tinggal di situ selama sebulan tanpa rasa bosan kerana di situ pelbagai aktiviti pelancong boleh buat. Banyak gunung ganang , kafe dan banyak lagi.

Di Krabi sangat cantik dengan laut yang sangat bersih dan memukau.

Dalam pada itu, Tay Tawan sempat berkongsi antara barangan yang ‘wajib’ dibawanya sewaktu bercuti di Thailand adalah inhaler, sunscreen dan akhir sekali adalah kamera atau telefon pintar untuk merakam momen-momen terindah sepanjang percutian.

MENARIK:  Sebutan Pengesahan Lafaz Cerai Dijangka Berlangsung Esok, Isteri Safee Sali Rindu Anak

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular