‘Tera Tari’ Satukan Bob Yusof Dengan Diana Nazyra & Dhwan Abu

Shopee Sale


Demi menempa nama dalam industri muzik, artis ternama dari dua buah negara telah berkolaborasi dan menghasilkan sebuah lagu yang penuh dengan adat dan budaya. Diana Nazyra, Dhwan Abu, dan Bob Yusof memperkenalkan single terbaharu mereka, ‘Tera Tari’ iaitu sebuah ciptaan muzik berunsurkan pop moden yang menggabungkan budaya Jawa dan Sunda.

Tarian Jaipong Karawang

Lirik yang diolah oleh Razzaq An’Arddzy dengan hasil ciptaan oleh Diana Nazyra dan Omar K ini menjanjikan suatu halwa telinga yang moden dan menyegarkan dimana konsep lagu ini di ambil dari tarian Jaipong Karawang, sebuah warisan budaya yang menceritakan perjalanan hidup melalui seni tari.

Sebagai seorang artis yang penuh berpengalaman dalam bidang vokal dan seni persembahan, Dhwan Abu menyalurkan kepakarannya dalam lagu ini kerana beliau terpana dengan melodi yang memukau dan lenggok lirik yang menyentuh jiwa.

Pertama kali demo lagu ini dimainkan, saya sungguh tertarik dengan gaya melodinya yang jarang kita dengari pada hasil muzik zaman kini. Ia membawa sisi yang berbeza dan saya amat terpikat untuk bekerjasama menjayakannya.

Manakala, Bob Yusof sungguh teruja dengan penyatuan elemen muzik Jawa dan beliau memandang ia sebagai suatu nafas baharu terhadap dunia muzik tradisional sekaligus memartabatkan kembali industri tersebut.

Walaupun keserasian berjaya dibina dalam penghasilan lagu ini, cabaran utama adalah merupakan pencarian lenggok bahasa dan aturan muzik yang sesuai agar tidak lari jauh dari elemen yang digubah untuk seiring dengan gabungan muzik moden.

Diana Nazyra dan Bob Yusof mengakui cabaran yang dihadapi untuk menggabungkan muzik tradisional Jawa dan Sunda dengan sentuhan pop kontemporari agak berat dan sukar. Namun, ia juga adalah sebuah cabaran yang membuka peluang dan ruang untuk berinovasi yang membolehkan lagu ini memupuk perpaduan melalui muzik.

MENARIK:  ‘Allah Akan Menguasakan Orang Lain Menyebarkan Aibmu Sebagai Balasan Setimpal’

Ayuh dengarkan gandingan hebat antara artis Malaysia dan Singapura, Diana Nazyra, Dhwan Abu, dan Bob Yusof dalam lagu terbaharu mereka ‘Tera Tari’.

Anda boleh memuat turun lagu Tera Taridi iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular