‘Terima Kasih Bagi Nasihat’ – MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Produk Keychain Wajah Anak

Shopee Sale


Jurusolek terkenal, MUA Bellaz memberitahu pihaknya bakal memberhentikan pengeluaran kartun keychain wajah anaknya iaitu Nur Aisywara Nealofa.

Terima kasih bagi nasihat

Menurut MUA Bellaz, dia menerima nasihat dan ucapan daripada pengikutnya di media sosial agar tidak mengeluarkan produk berkenaan demi kebaikan.

Meskipun pihak syarikatnya sudah menghasilkan separuh daripada keychain tersebut, MUA Bellaz berkata, dia akan memberi kepada pelanggan sebagai hadiah ‘free gift’.

Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Nak semua omi Wara happy dan selesa.

Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik. Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia na. Minta maaf sekali lagi.

Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi.

Terdahulu, MUA Bellaz memberitahu terdapat segelintir netizen berasa kurang selesa apabila keychain berkenaan mempunyai wajah Wara. Susulan daripada itu, Bellaz dipercayai bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu baju yang mempunyai wajah anaknya.

MENARIK:  Anak Diculik, Dipukul Semasa Ibu Pergi Berbulan Madu Dengan Suami Baru?

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular