‘Terus Melangkah Ke Hadapan & Semoga Urusan You Abdul Fattah Amin Dipermudahkan’ – Sherry Ibrahim

Shopee Sale


Di Instagram, pelakon Sherry Ibrahim menitipkan kata-kata semangat buat Fattah Amin agar terus kuat menjalani kehidupan seharian selepas sah bercerai dengan Fazura, semalam.

Kuatkan diri

Menurut Sherry, apa yang berlaku pasti ada ujian dan dugaan. Hanya manusia yang sabar sahaja dapat melalui semua dugaan itu dengan tenang.

Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi. Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, insya-Allah ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan lebih baik.

Tambah Sherry, Fattah perlu bangkit dan kuat demi anak dan keluarganya.

Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru. Terus melangkah ke hadapan dan semoga urusan awak, Abdul Fattah Amin dipermudahkan.

Terus melangkah

Semalam, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

MENARIK:  ‘Kembali’ Bersama PDRM, Soffwany Yusoff Tak Kekok Bekerja Dengan Suami – ‘Saya Sangat Beruntung, Dia Banyak Ajar Saya’

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular