Teuku Ryan Gagal Beri Nafkah Batin & Kritik Payu Dara Ria Ricis Kecil Punca Bercerai? – ‘Pernah Beli Ubat Perangsang Tapi Tak Jalan’

Shopee Sale


Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, kisah pasangan rumah tangga pempengaruh Ria Ricis dan Teuku Ryan masih menjadi bualan hangat susulan tular dokumen mahkamah berhubung punca perpisahan mereka.

Punca cerai sebab tak beri nafkah batin?

Menerusi dokumen tersebut, salah satu punca perceraian mereka adalah disebabkan Ryan gagal memberi nafkah batin kepada Ria. Malah Youtuber itu mendakwa jarang melakukan hubungan intim dengan suaminya sejak awal tahun lalu.

Tidak terhenti di situ, Ryan juga didakwa pernah mengkritik tubuh badan Ria yang dianggap terlalu kurus selain menyifatkan payu dara isterinya itu terlalu kecil dan mendatar.

Dakwa Ria, disebabkan kritikan itu dia mula merasa rendah diri malah pernah terfikir untuk melakukan pembedahan (implan payu dara) semata-mata mahu menarik perhatian Ryan.

Difahamkan, pelbagai usaha yang dilakukan Ria termasuk membawa Ryan berjumpa pakar kesihatan dan melakukan perubatan alternatif dengan harapan dapat menyembuhkan Ryan. Namun usahanya sia-sia.

Mereka juga cuba berruqyah malah membeli suplemen yang boleh meningkatkan ghairah dan suplemen lain yang seumpamanya, tetapi Defendan (Teuku Ryan) meminumnya untuk bermain bola sepak. Malah Ryan selalu beri alasan keletihan atau selsema dan sebagainya setiap kali mahu berhubungan badan.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh Ryan sekaligus enggan membicarakan masalah tersebut ketika prosiding di mahkamah.

MENARIK:  Dapatkan Tiket AJL Secara Percuma Bersama Applecrumby® dan Nikmati Pengalaman VIP!

Ryan menjelaskan dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dalam memberi nafkah batin selepas Ria selamat melahirkan anak pertama mereka pada Julai 2022.

Untuk rekod Ryan dan Ria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular