‘Tiada Sebarang Kenyataan Dikeluarkan Oleh Fazura’ – Pengurus Minta Hentikan Spekulasi Krisis Rumah Tangga Fazura & Fattah

Shopee Sale


Pengurus kepada pelakon jelita, Fazura iaitu Iman Tang memohon orang ramai berhenti melakukan sebarang spekulasi melibatkan rumah tangga artisnya itu bersama suami, Fattah Amin.

Henti buat spekulasi

 

Memetik laporan Berita Harian, Iman berharap orang ramai tidak menangguk di air keruh dengan membuat andaian tersendiri mengenai Fazura dan Fattah.

Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelakkan pelbagai spekulasi.

Dalam pada itu, Iman turut menegaskan bahawa pihak pengurusannya termasuk peguam yang dilantik sama sekali tidak pernah menghebohkan sebarang butiran mengenai permohonan cerai mahu pun berkongsi mengenai tarikh prosiding seperti mana yang tular sejak Rabu.

Tambah Iman, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai yang difailkan terhadap Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin.

Pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fazura sejak tular kisah permohonan perceraian.

Permohonan difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang.

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.

MENARIK:  [VIDEO] Khairul Aming Dedah Kos Penggambaran Di New Zealand – ‘Jumlah Kami Berbelanja RM80,000’

Sehinggalah pada 13 September lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular