‘Tiba-Tiba Penyakit Ustaz Kazim Serang Semula Ketika Penggambaran, Darah Keluar Daripada Kulit’

Shopee Sale


Penyanyi, pelakon dan pengarah iaitu Mawi meluahkan rasa teruja apabila pendakwah bebas Datuk Kazim Elias sudi berkongsi kisah peribadinya untuk dijadikan filem Zim Zim Ala Kazim.

Lebih teruja, Kazim turut menawarkan diri menjadi watak utama dalam filem tersebut.

Bukan sekadar berlakon

Menerusi temu bual bersama Mawi berkata, Kazim sendiri meletakkan syarat tersebut agar jalan cerita tentang kisah penyakit misteri dialaminya dapat disampaikan kepada penonton.

Tambah Mawi, Kazim seorang yang senang untuk bekerjasama dan mudah memberi kata persetujuan sejak awal perbincangan mereka menerbitkan filem tersebut.

Syarat utama yang Ustaz Kazim letak kalau nak buat filem ini adalah dia sendiri mahu jadi hero. Pada awalnya saya agak terkejut kerana saya sendiri sudah ada pilihan pelakon untuk watak tersebut.

Namun saya kagum dengan keberaniannya untuk berlakon. Bukan hanya berlakon malah beliau juga menyumbang suara untuk lagu OST filem ini.

Tak sukar menyakinkan beliau malah dalam pertemuan kali kedua beliau cerita lebih mendalam tentang apa yang berlaku dan saya bawa penulis skrip ketika kami bertemu selepas itu.

Berbicara lebih lanjut, Mawi memberitahu filem Zim Zim Ala Kazim ini hampir 80 peratus kisah sebenar yang terjadi. Malah, kejadian misteri turut terjadi ketika mereka menjalani penggambaran sekitar tahun 2022 di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak.

Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula sehingga darah keluar daripada kulit beliau namun situasi itu dapat diatasi dengan baik.

Kira-kira 70 hingga 80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan dalam filem ini. Selebihnya saya tambah untuk pastikan jalan cerita lebih menarik.

Disoal mengapa ada elemen komedi dalam filem ini, Mawi secara ringkas menjawab dia mahu karya ini nampak ringan tetapi penuh pengajaran buat penonton.

Kisah mistik dialami Ustaz Kazim lebih kurang sama seperti yang pernah saya lalui. Antara kejadian sebenar pernah dialami oleh Kazim adalah perbuatan khianat seorang individu menanam bangkai monyet di hadapan rumahnya sehingga dia dan ahli keluarga diganggu oleh makhluk halus.

Selain Mawi dan Kazim, antara barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Bell Ngasri, Shanthesh, Rosnah Johari, Man Raja Lawak, Ryan Bakery dan Zarina Anjoulie.

MENARIK:  ‘Semua Dah Besar, Settle Belakang Lah Weh. Kau Nak Buktikan Apa Dekat Netizen?’ – Reen Rahim

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular